Gaya Hidup By: tex_admin February 27, 2018 @ 11:37am

“Harap Muka Saja Cantik Tapi Kuku Hitam, Kotor!” – Ikuti 6 Rutin Penjagaan Kuku

Wajah, rambut dan kulit antara bahagian yang sering menjadi perhatian apabila berbicara tentang kecantikan. Tetapi, bagaimana pula dengan kuku? Anda perlu tahu, kuku juga perlu dijaga ya! 
 
Ada segelintir wanita tidak mementingkan penjagaan kuku, mungkin mereka menganggap ia tidak penting. Tahukah anda, kuku juga memainkan peranan penting dalam penampilan seharian kita. Kuku yang tidak dijaga akan meningkatkan risiko penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam serta berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan. 
 

http://www.boots.com/skincare-beauty-advice/nails-advice/how-to-remove-gel

Sebenarnya, menjaga kuku bukan sesuatu perkara yang sukar. Anda hanya perlu potong dan bersihkan sahaja! 

Rutin Penjagaan Kuku
 
1. Kerap membersihkan kuku setiap kali membuat sesuatu kerja seperti menyapu, memasak, bercucuk tanam dan sebagainya.
 
2. Jangan potong kuku terlalu pendek.
 
3. Rendam dalam air suam supaya dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
 
4. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain secara perlahan untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
 
5. Sentiasa memakai pelembap tangan dan kuku yang mengandungi vitamin C bagi membantu mencantikkan kuku.
 
6. Minum air secukupnya bagi membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.
 

http://www.petuanenek.com/kesihatan/kebersihan/mudahnya-menjaga-kuku

 
Ini pula petua untuk anda jaga kuku menjadi sihat dan cantik. Jadi, anda tidak perlu guna kuku palsu seumur hidup untuk cantik!
 
1. Jauhi tabiat menggigit kuku kerana ia akan menyebabkan kuku cepat pecah dan bakteria akan berpindah pula ke mulut.
 
2. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku.
 
3. Anda juga boleh pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.
 
4. Sila jaga pemakanan anda! Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.
 
5. Kalau anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.
 
6. Bersihkan kuku anda yang kotor dan kehitam-hitaman dengan menggosoknya menggunakan cuka dan bilas dengan air suam.
 
7. Kalau nak kuku berkilat boleh gunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkan pada kuku sehingga mendapat hasil yang diinginkan.
 
Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019
Gaya Hidup Fri, 5 Apr 2019

4 selebriti ini membuktikan mereka ‘wanita besi’ dengan menjalani pembedahan C-Section!

April adalah bulan menghargai wanita yang menjalani C-Section.

Featured Fri, 12 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 24 Aug 2018

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Terdapat beberapa petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

Featured Fri, 27 Dec 2019
Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

‘Atuk Harimau’ Suka Jaga Badan, Hari-Hari Bersenam!

Tak sakit pinggang ke Atuk jalan begitu?

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018

Anak Tidur Di Rumah Kawan, Larang Atau Benarkan?

Boleh saja nak tidur rumah kawan, tetapi adab harus diutamakan!

Gaya Hidup Wed, 14 Mar 2018

Sembelit Ketika Hamil Memang Tak Lawak! Ikuti 5 Tips Ini & Jangan Tangguh ‘Hajat’ Anda

Selain morning sickness, sembelit merupakan antara masalah biasa yang sering dihadapi oleh wanita sewaktu proses kehamilan.

familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]