Gaya Hidup By: Ad Ops March 20, 2018 @ 4:21pm

Tak Ada Mood Untuk Seks? Aktiviti Berbasikal Terbukti Boleh Meningkatkan Ghairah Seksual Wanita

Sex life anda kurang menyeronokkan kerana anda tidak “aktif” atau tak ada selera? Anda mungkin perlu menyertai spin class, atau mula berbasikal sebagai senaman anda.

Menurut sebuah kajian oleh University of California San Francisco (UCSF), wanita yang berbasikal dibuktikan lebih aktif ketika melakukan hubungan seks daripada wanita yang tidak berbasikal.

Foto: sportadictos.com

Mungkin anda terkejut sebab sebelum ini pernah ada laporan mengatakan aktiviti berbasikal boleh membahayakan fungsi seksual wanita. Kajian terbaru ini yang diterbitkan minggu lalu membantah teori ini.

Untuk kajian ini, para penyelidik telah mencari peserta dari pertubuhan berbasikal, berenang dan larian ternama di Amerika, Kanada, United Kingdom, Australia and New Zealand.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan – peserta yang berbasikal lebih daripada 3 kali seminggu dan melebihi 40 kilometer setiap kali; dan peserta low-intensity yang berbasikal kurang daripada itu.

Kajian UCSF ini mendapati bahawa aktiviti berbasikal tidak mempunyai sebarang kesan negatif terhadap fungsi seksual atau kencing wanita. Sebaliknya, wanita yang berbasikal lebih kerap melaporkan mereka lebih enjoy ketika bersetubuh.

Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidaklah positif sepenuhnya. Wanita berbasikal mungkin akan mengalami isu ginekologi biasa seperti jangkitan kuman pada saluran kencing dan alat kelamin yang kejang yang berpotensi untuk menyekat fungsi intimasi.

Foto: totalwomenscycling.com

Tapi kesan negatif ini taklah penting sangat berbanding kepercayaan orang sebelum ini tentang impak berbasikal kepada golongan wanita. Pada tahun 2006, sebuah kajian oleh Universiti Yale mendapati bahawa fungsi alat kelamin kebanyakan pelumba basikal wanita lama-lama berkurangan. Dengan ini, ramai orang telah buat keputusan yang berbasikal memberi impak negatif kepada kesihatan seksual wanita.

Kajian UCSF membuktikan bahawa kepercayaan tersebut dah ketinggalan zaman sebenarnya. Penyelidik berkata berbasikal memang boleh improve fungsi seksual wanita, tapi pada masa yang sama mereka haruslah berjaga-jaga tentang kesan negatifnya.

Apa lagi? Jom berbasikal!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 26 Sep 2018
Gaya Hidup Mon, 14 Jun 2021

Pandemik Jadi Titik Tolak 2 Sahabat Bangunkan Aplikasi Cuci Kereta

Sektor ekonomi dalam dan luar negara semestinya terjejas dek kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, keadaan ini memberikan hikmah tersendiri kepada ramai peniaga di luar sana untuk menjadi lebih kreatif

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

10 Orang Ini Berjaya Buktikan Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Capai Impian Mereka

Sesetengah orang yang tak bernasib baik dalam hidup berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil, selagi ada kemahuan.

Featured Fri, 13 Mar 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

Netizen Suka Perangai Gila-Gila, Syatilla Melvin Balas Komen Peminat Di TikTok! Tapi Ada Yang Samakan Wajahnya Dengan…

Pelakon Syatilla Melvin memberi reaksi balas kepada peminat yang meluahkan rasa suka terhadap perangai ‘gila-gila’ dan bersahajanya di media sosial. @samtilla82 Replying to @lupasiapadia😎😎 ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD Menerusi perkongsian di TikTok, Syatilla

Featured Sat, 24 Dec 2022

Alif Satar Sertai Ekspedisi Daki Jabal Nur – “Tak Boleh Bayang Macam Mana Dulu Nabi Muhammad SAW Panjat Sendirian”

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendaki gunung bersejarah, Jabal Nur ketika menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Gaya Hidup Wed, 1 Aug 2018

5 Cara Ini Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Tahap kesuburan yang rendah akan mengganggu proses untuk hamil.

Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019

| Live TV