Hiburan By: Maya Basir February 2, 2024 @ 2:27pm

Aman Aziz Akui Belum Puas ‘Berseronok’, Ibu Pernah Halang Kahwin Di Usia 24 Tahun

Penyanyi Aman Aziz mengakui pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tujuh tahun lalu namun hasrat itu dihalang oleh ibunya gara-gara usianya masih muda.

Memetik laporan Berita Harian, Aman atau nama sebenar Mohammad Razman Abdul Aziz, 31, hasrat itu dibuat ketika usia 24 tahun kerana merasakan kekasih hati sesuai untuk dijadikan isteri.

“Dulu, masa umur 24 tahun saya rasa sudah jumpa kekasih hati dan serasi dijadikan teman hidup. Tapi, masa itu emak tak benarkan kahwin.

“Apabila saya luahkan hasrat nak kahwin, emak halang sebab saya masih muda lagi. Dia (emak) pun berkahwin ketika umur 26 tahun dan saya dinasihatkan agar bersabar dan fokus pada karier.

“Tapi, sekarang bila usia masuk 30-an saya belum fikir nak kahwin sebab hendak berseronok sepuasnya.

“Saya ingin mengejar impian dalam karier dan urusan jodoh biar takdir menentukan. Saya berserah pada Allah,” katanya.

Disoal tentang teman istimewa, pelantun lagu Without You ini masih ‘single’ dan mahu menstabilkan kehidupannya terlebih dahulu.

“Setakat ini, hanya berkawan-kawan sahaja kerana perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin terutama dari segi karier dan kewangan.

“Bukanlah saya tak sedia langsung atau takut nak kahwin, cuma mahu pastikan diri saya betul-betul bersedia melangkah ke fasa perkahwinan. Sebab saya hendak kahwin sekali sahaja dalam hidup,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Roslan Hussin Pelakon Layar Lara Meninggal Dunia

Salam takziah buat family Roslan Hussin antara pelakon era 1990an

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

Featured Sat, 22 May 2021

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah. Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.