Featured By: Aqilah Paharuzi September 15, 2022 @ 9:11pm

Bekas Isteri DDNK Penat Tanggung Derita, Pilih Diam Bersebab – “Selesai Perbicaraan, Jumpa Di Mahkamah!”

Konflik rumah tangga melibatkan wanita yang dikenali dengan nama Hasmawatie bersama bekas suaminya, Datuk Dr Nohd Nazri Khan (DDNK), 47, yang terlerai setelah hampir 20 tahun membina masjid bersama heboh diperkatakan.

Wanita yang mesra disapa Watie itu menjadi tumpuan rata-rata netizen, lebih-lebih lagi selepas berita perkahwinan bekas suami yang merupakan pakar pelaburan saham, pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi bersama Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zaharui tular di media sosial.

Malah, isteri DDNK baru-baru ini menjadi perbualan hangat dan ‘perlian’ netizen akibat drama ‘baling’ bantal serta dituduh ‘perampas’ sehingga digelar gedik dan manja gara-gara meluah perasaannya kepada selebriti Caprice semalam.

Ekoran itu, ibu tunggal kepada seorang anak ini tidak cepat melatah atas isu tersebut lalu memuat naik sebuah hantaran di Facebook miliknya yang memilih untuk berdiam diri.

“Aku diam untuk aku reveal di Mahkamah,” tegasnya.

Terkini, difahamkan Watie telahpun selesai membuat urusan mahkamah berkenaan isu berkenaan bagi menuntut haknya sebagai bekas isteri.

“Alhamdulillah, proceeding kes Hadhanah selesai hari in. Syukur Allah memudahkan urusan. Terima kasih semua yang sudah doakan,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain di Facebook milik Watie, perkahwinan DDNK bersama isteri terbarunya itu mengundang 1001 persoalannya berhubung kebenaran berkahwin lain sedangkan perintah cerai belum dikeluarkan.

“Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum realease lagi dari pejabat agama?,” soalnya.

Pada Ogos lalu, Watie yang menjadi inspirasi ramai sejak kebelakangan ini berkongsi luahan perasaan dan kisah hitam yang terpaksa dilaluinya sepanjang perkahwinan.

“Tarikh keramat 19/8/2022 jam 9:30 pagi di Mahkamah Syariah Bangi. Alhamdulillah, jujurnya saya tak mampu nak luahkan dengan kata-kata.. terasa selesai satu bebanan dan trauma menghadap kemelut dan drama bertubi-tubi.

“Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam dalam tempoh 1 tahun empat bulan untuk kali ketiga,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Watie di Facebook, ramai dalam kalangan netizen yang memberi semangat kepadanya untuk terus bersemangat bagi menegakkan kebenaran sebenar dan menjernihkan keadaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Sarimah Ibrahim Hamil Empat Bulan, Tahniah!

Alhamdulillah… semoga Sarimah dan kandungannya sihat sentiasa. Mesti comel bakal baby nanti!

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Ayoooo, kenapa pula netizen di sana sindir Priyanka pula ni?

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Trending Wed, 18 Nov 2020
error: Content is protected !!