Hiburan By: Nurul Hana June 11, 2023 @ 2:38pm

Berjaya Dapat Sambutan Luar Biasa, Aliff Syukri Teruja Dapat Jual Durian Dengan Harga Rahmah

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan teruja kerana tidak menyangka jualan durian ‘car boot sales’ telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Aliff menjual durian dari ladang durian yang diusahakan sendiri olehnya dengan purata harga dari RM5 – RM8 sahaja sekilo deengan niat untuk bersedekah kepada orang ramai.

“Terima kasih yang dah beli. Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil. 3 hari berniaga hasil memang best. Esok buah duri hitam ada 300 biji dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1000 biji kampung ada 3000 biji.

Harga bermula rm5 sekilo. Kalau kira biji saya kasi happy hour rm3 sebiji. Siapa cepat dia dapat so kena datang awal nak kira biji pun boleh. Saya jual murah dari pasaran sbb pokok sendiri. Biar orang dapat merasa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff turut mendedahkan punca utama dia menanam durian adalah kerana arwah bapanya sendiri, Kamarzaman bin Kamarudin yang mengenangkan nasib pada ketika dahulu yang tidak mampu untuk membeli sebiji durian.

“Sebab ini lah kenapa saya tanam durian tapi yang lagi sedih abah tak dapat nikmati hasil kebun saya sendiri. Dulu nak beli sebiji durian pun tak mampu. Kalau saya ada duit dapat belikan abah durian utu satu nikmat.

“Kalau arwah abah ada dan tahu saya dah ada ladang durian mesti abah happy malah saya jadi tokey durian sekarang. Rindu abah yang amat sangat Al-Fatihah untuk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamarudin,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Aliff yang menjual durian dengan harga tidak masuk akal dengan niat ingin bersedekah dan berkongsi rezeki kepada umum.

“Alhamdullillah sambil meniaga sambil mencari saham akhirat semoga Allah datang kesembuhan buat baby Dato’ and limpahkan lagi rezekinya ke dalam keluarga Dato’.

“Hebat Dati’, jual durian harga murah, orang dapat merasa Dato’ pun dpt pahala. Syukur alhamdulillah,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Trending Mon, 22 Jul 2019

Neelofa Launches UK-Based Premium Merchandise with ‘LofaBrand’

Neelofa sets to conquer UK with ‘LofaBrand’, a collaboration with Coolulu.

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Events Sun, 9 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Hantu Raya Balik Kampung

Raya baru mula, hantu pun bukan main lagi ye?!

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Trending Thu, 11 Apr 2019

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Tulis Juliana, Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang…