Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2023 @ 7:29pm

“Cuma Tak Dapat Tunai Nafkah Batin…” – Suami Miera Leyana Dedah Beri Belanja Lebih RM20,000 Sebulan Pada Isteri Pertama

Konflik rumah tangga suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman, 50, bersama isteri pertamanya Adibah Mutalib sehingga kini masih belum terlerai.

Memetik laporan Gempak, Rosland berkata dia tidak pernah sekalipun mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama dan lima anaknya.

Rosland berkata demikian selepas usai perbicaraan kes nusyuz yang telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Rosland yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd Syarikat Serba Dinamik mendedahkan  dia memberi belanja antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

“Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. Insya-Allah, semuanya lenkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan, kad kredit diberi tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.

“Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia dapat, saya ada beri tunai tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan anak.

“Tapi masih mengatakan saya tidak bertanggunjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media, saya suka simpan fakta ini di mahkamah.

“Secara keseluruhan, jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan bisnes (perniagaan) tiadk menentu (beri nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, Rosland mengakui tidak memberi nafkah batin kepada isterinya atas sebab tiada persefahaman antara mereka.

“Seperti saya katakan tadi, saya dan defendan sedang melalui kes nusyuz kerana dia tidak lagi mengendahkan kata-kata saya sebagai suami.

“Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu dari segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar,” ujarnya.

Sebelum ini, Rosland memfailkan tuntutan cerai terhadap isteri pertamanya, namun Adibah memilih untuk tidak berpisah.

Terdahulu, pelakon Miera Leyana memaklumkan terdapat dua kisah berlainan yang terjadi disebalik konflik rumah tangga madunya bersama suami.

Sekadar info, Rosland dan Adibah berkahwin pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan dikurniakan lima orang anak.

Rosland kemudian bernikah dengan Miera Leyana pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Dec 2017

20张「神巧合瞬间」的完美照片

拍一张完美的照片似乎是一项艰巨的任务,对大多数的人来说几乎是不可能的。但是在正确的时间出现在正确的地点,就能拍出完美无缺的的照片。

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Netizen pun…jangan lah cepat nak hukum orang.

Hiburan Sat, 16 Dec 2017

WESTLIFE WILL BE HAVING A REUNION IN 2018, BUT THERE’S A TWIST

Westlife fans must be going crazy at this news right now but hold your horses, because it won’t be a full reunion!

Featured Thu, 8 Sep 2022
Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Semoga semuanya baik-baik selepas ni…