Categories: Hiburan

Drax Project Muncul Dengan Album Kedua Berjudul Upside

Dengan lebih setengah bilion strim, kumpulan muzik asal New Zealand, Drax Project melancarkan album kedua yang berjudul ‘Upside’.

Mengandungi 10 lagu, kumpulan tersebut telah mengumumkan persembahan utama mereka di London pada 19 Julai tahun hadapan di The Jazz Cafe di Camden.

Berikutan album sulung mereka mendapat sambutan yang hangat merangkumi lagu-lagu popular carta seperti Woke Up Late yang menampilkan Hailee Steinfield dan Catching Feelings yang menampilkan Six60, kumpulan yang dianggotai oleh empat jejaka ini kembali dengan projek yang bakal menjadi bukti kejayaan mereka.

Drax Project merupakan kumpulan pop terkenal yang terdahulu pernah memenangi beberapa anugerah platinum dan pernah menjelajah dengan nama-nama terbesar dalam dunia muzik termasuk Ed Sheeran, Christina Aguilera, Camilla Cabello dan Lorde.

Persembahan mereka sentiasa mendapat sambutan hangat dan mereka juga telah membuat persembahan di di acara antarabangsa dan festival di UK seperti SXSW Australia dan The Great Escape, menjadikan nama mereka tidak asing di atas pentas dengan persembahan langsung yang unik dan bertenaga serta lagu pop yang memukau.

Upside merupakan album yang menggabungkan unsur-unsur Pop dan R&B dengan gaya tersendiri dengan bunyi yang diilhamkan dari irama jazz.

Projek ini memberi gambaran yang jujur dan menyeronokkan dari awal hingga akhir dan ia meneroka perjalanan epik kumpulan itu.

Bermula sebagai band busker dan bekerja tanpa henti sejak mereka bermula, kumpulan itu berkata:

“Album ini adalah gabungan kerja keras bertahun-tahun dan cinta, dan akhirnya kami tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia! Kami berharap anda akan menikmati muzik ini seperti sebanyak mana kami seronok membuatnya.”

Album ini adalah kolaborasi di antara penulis lagu dan produser muzik tersohor seperti Rogét Chahayed (Drake, Travis Scott, SZA), Imad Royal (Doja Cat, Chainsmokers), Ferras (Katy Perry, Dua Lipa), dan Marlon Gerbes (Six60).

Terus mengasah identiti artistik mereka, Projek Drax bersinar dengan projek terbaik mereka dan album Upside kini tersedia dan boleh didengari di semua platform penstriman utama.

Padin