Hiburan By: Padin April 27, 2023 @ 3:54pm

Hadiri Beberapa Majlis Di India, Jasmine Suraya Tepis Spekulasi Tukar Agama

Aktres Jasmine Suraya menepis spekulasi menukar agama apabila dia berkongsi foto menghadiri beberapa majlis di Delhi, India.

Menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat, Jasmine berkongsi momen mengikuti beberapa upacara di sana.

Dalam salah satu hantaran terbaharu, aktres itu turut dilihat memakai kerudung bersama pakaian tradisi masyarakat India.

Jasmine yang kini masih lagi di Delhi ketika dihubungi XTRA menafikan andaian netizen yang menyangka dia kini sedang mendalami serta menganut agama lain.

“Saya ke India atas sebab bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada kelapangan jadual, jadi kali ini saya memilih India.

“Percutian saya kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya dan tradisi masyarakat India. Upacara yang saya hadiri itu bukanlah ritual keagamaan mana-mana agama sebaliknya hanya sekadar sesi rejuvenate sahaja.

“Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian saya kepada banyak ritual dan kepercayaan di India dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri kemiskinan yang berlaku di sana, saya percaya bahawa agama adalah landasan yang baik membentuk jati diri manusia.

Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadi orang yang baik, untuk memberi kembali bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada semua orang dan setiap spesies di sekeliling kita.

“Percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia telah mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material,” tambah Jasmine.

Sebelum ini Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya, namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, Jasmine turut menambah yang percutiannya kali ini juga sebagai satu escapism daripada media sosial.

“Sebagai selebriti, adalah satu kemestian untuk mengemas kini perkembangan terkini di media sosial. Kadang-kadang ada rasa sedikit ketinggalan jika tiada apa yang hendak dimuat naik di Instagram.

“Situasi ini ada kalanya membuatkan saya sedikit tertekan, apatah lagi untuk memikirkan kandungan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada pengikut saya,” luahnya.
Kata Jasmine, dia dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial.

Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran sebuah drama komedi romantik, serta bakal membintangi sebuah projek terbitan produser terkenal, Datuk Saniboey Mohd Ismail yang bakal bersiaran di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Sat, 5 May 2018

Peminat Pujuk KRU Batal Bubar, Ini Jawapan Norman…

“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi,” kata Norman.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Opsss…Barang Tiruan Rupanya

Artis Malaysia guna jenama fake /tiruan atau jenama yang asli ?

Featured Thu, 21 Jul 2022

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊

Featured Thu, 27 Jan 2022
Trending Fri, 23 Apr 2021

Khai Bahar Cerita Kisah Cinta Penuh Dugaan

Penyanyi Khai Bahar menceritakan kisah cinta penuh dugaan menerusi lagu terbarunya yang berjudul Hilang Gelita. Diterbitkan syarikat rakaman 17 Eleven Music, single terbabit dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi yang bakal di tayangkan di […]

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.

Events Fri, 5 Jan 2018

SHEILA ON 7 KEMBALI BERSATU?

Kepada semua SheilaGank jangan lepaskan peluang untuk melompat lebih tinggi bersama Sheila On 7 yang akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur