Handsomenya! Segak Berbaju Melayu Putih, Meerqeen Buat Hati Peminat Wanita Luruh!

Sejak namanya semakin meningkat naik menerusi drama Melur Untuk Firdaus, apa sahaja yang dimuat naik dan dikongsinya pasti bakal meraih pelbagai pujian dan perhatian dari peminatnya.

Kini, pelakon Meerqeen sekali lagi mengundang rasa teruja dalam kalangan peminatnya selepas memuat naik video dirinya di atas pelamin menerusi platform TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon lelaki yang bernama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,21, itu kelihatan sangat segak dan tampan mengenakan baju melayu serba putih seperti mahu akad nikah.

Malah, kapsyennya juga turut mengundang seribu satu persoalan dalam kalangan peminatnya.

“One step closer,” tulisnya.

@meerqeen One step closer. 💍 #fyp #foryou ♬ original sound – 🅰️RVIAN – arviandwi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya dalam kalangan wanita memuji ketampanan pelakon lelaki itu.

Malah, ada juga yang menganggap perkongsian tersebut meerupakan gimik untuk mempromosikan baju melayu yang dipakainya.

Fatin Nurain