“Hanya Maut Bisa Memisahkan Kita…” – Nynaa Harizal Bersyukur Dapat Kembali Kepada Suami

Pelakon, Nynaa Harizal dilihat memuat naik gambar perkahwinannya menerusi akaun instagram miliknya pada Rabu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, turut menyatakan rasa syukurnya apabila dapat kembali ke pangkuan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas.

“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong. Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband. @fahmiilyas Till death do us apart,” tulisnya.

Berita gembira ini sekaligus membuatkan rata-rata rakan selebriti dan followers beliau memberi komen positif dan meninggalkan ucapan tahniah kerana berjaya menyelesaikan konflik rumah tangganya dengan baik.

Pada Rabu, pasangan ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes tuntutan nusyuz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Cerai 10 November Lalu, Nynaa Harizal Tetapkan 7 Syarat Jika Suami Mahu Bertemu… Dah Macam Puteri Gunung Ledang!

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

 

Salma Syahbuddin