Bermula dengan gimik cinta dilakukan oleh Nabila Razali kemudian isu depresi Haqiem Rusli.
Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan bakal bernikah pada 19 Ogos lalu. Malah ketika dihubungi oleh penyampai Radio Era, Daiyan mengesahkan akan bernikah pada tarikh itu namun enggan mengulas tentang calon suaminya.
Bagaimanapun, pada hari ‘penikahan’ tersebut, Daiyan kemudian memuat naik status di Instagram dia tidak bertunang atau bernikah pada tarikh tersebut, tetapi gambarnya memakai busan perkahwinan itu ialah gambar muka hadapan single terbarunya.
Gimik tersebut ternyata mendapat kecaman dari netizen dan Pencetus Ummah, Nabil yang menyifatkan tindakan Daiyan itu gimik murahan setaraf Haqiem Rusli dan Nabila Razali.
Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen pedas mengenai suara Daiyan yang dikatakan tidak sedap mana namun mahu melakukan gimik seperti itu. Ada juga yang mengatakan Daiyan boleh menjadi kawan baik kepada Haqiem Rusli.
Bagaimanapun ada segelintir netizen menyelar tindakan PU Nabil yang memuat naik status berkenaan hanya untuk meraih perhatian kerana banyak lagi isu penting lain yang boleh dibangkitkan selain isu gimik tersebut.
Kalau ikutkan banyak lagi cara untuk promosikan lagu baru, namun mungkin kini sudah menjadi trend untuk buat gimik demi melariskan sesebuah lagu. Tapi kalau selalu sangat buat, susah netizen nak percaya lepas ni.
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?