Kerap Buat Content Motivasi Dalam Bahasa Inggeris, Netizen Terpegun Dengar ‘Accent’ Isteri Fizo Omar

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri kerap membuat content motivasi dalam Bahasa Inggeris sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, setiap content motivasi yang diketengahkan oleh Fazeera berkaitan tentang perhubungan sesama manusia dan ‘lifestyle’.

Terbaharu, Fazeera tampil berkongsi cara bagaimana untuk berdepan dengan seseorang yang sedang emosi.

Selain penyampaiannya yang jelas dan mudah difahami, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terpegun mendengar ‘accent’ yang digunakan oleh isteri pelakon itu sepanjang bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Malah, ramai juga yang kagum dengan cara penyampaiannya yang sangat lembut dan sopan bahkan mereka meminta agar Fazeera terus membuat content seperti itu.

“Love the way you speak.

“Keep sharing these videos. Separately, love your glow!

“best tengok orang pandai speaking.

“Wah sedap didengar speakingnya mantap.

“I just loveeee the way u speak and think,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain