“Mahu Setengah Jam Nak Pujuk..” – Anak Aliff Satar Tindik Telinga ‘Rehearsal’ 15 Kali Buat Netizen Terhibur

Aksi dan gelagat anak kepada pelakon dan penyanyi Aliff Satar, Ariana Mecca menindik telinga menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram isteri Alif, Shadila Halid, dia mendedahkan Ariana sudah membuat perjanjian ketika sebelum Ramadan lagi untuk menindik telinga pada Hari Raya keenam.

Shadila juga perlu memujuk anaknya selama setengah jam ketika proses menindik telinga berlangsung.

“Dari sebelum Ramadan lagi, dia dah buat perjanjian dengan kakak dia nak pierce ears Hari Raya keenam. Semalam dia tak nak lagi. Tiba-tiba pagi ni dia pilih baju dia paling cantik lepas tu bagitau ayah dia nak pierce hari ni.

“Sampai kat tempat piercing, orang tu cakap tak boleh pierce sekaligus sebab dia sorang je staff. Mahu setengah jam nak pujuk dia buat. Rehearsal 15 kali. Dah buat sebelah telinga, lagi satu telinga setengah jam pula,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira dengan keberanian Ariana, malah ada juga berkongsi pengalaman tidak berani untuk menindik telinga pada usia muda.

“A brave girl Ariana, support by awesome daddy. Ariana power! Wahh congrats Ariana. Well done, tell her she looks beautiful.

“Well done Ariana. Reminds me of my three anak dara semua drama teruk sampai ada sorang tindik sebelah sahaja and the next one tindik selepas dua hari bersambung. Beraninya.

“Menangis tak dia? Saya yang dah besar panjang ni pun tak berani,” tulis peminat.

Nurul Hana