“Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli perniagaan popular, Siti Jamumall memuat naik rakaman video yang mengatakan dirinya terkilan dan mahu menyaman sebuah salon gara-gara merosakkan rambutnya selepas membuat ‘bleaching’.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut membuatkan rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakan beliau kerana seringkali tampil melakukan ‘prank’ bagi meraih populariti.

@sitijamumallSerikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut♬ original sound – sitijamumall

Ekoran isu tersebut, pengarah dan penerbit terkenal, Micheal Ang tampil menyuarakan pendapatnya dan mengkritik video rakaman tersebut menerusi Instagram Live miliknya pada Isnin.

Micheal Ang berkata, usahawan itu sebenarnya tidak tahu cara yang betul bagaimana untuk ‘Bleaching’ rambut dengan betul.

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut pun ambil masa sejam dua, bukannya setengah jam seperti didakwanya.”

“Saya pun bleach rambut dan prosesnya memang mengambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.”

“Rambut dia tidak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan mengalami keguguran rambut.” Katanya lagi.

Tegas Micheal, rakaman video tersebut jelas mahu memperbodohkan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai proses ‘Bleaching’ rambut yang betul.

“Ala.. sekarang Marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.”

“Kau nak buat konten boleh, tak ada sesiapa cakap tak boleh. Tapi, bolehlah konten yang boleh dipercayai sikit janganlah buat konten untuk orang kutuk.” Jelas Micheal Ang.Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli perniagaan popular, Siti Jamumall memuat naik rakaman video yang mengatakan dirinya terkilan dan mahu menyaman sebuah salon gara-gara merosakkan rambutnya selepas membuat ‘bleaching’.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut membuatkan rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakan beliau kerana seringkali tampil melakukan ‘prank’ bagi meraih populariti.

Ekoran isu tersebut, pengarah dan penerbit terkenal, Micheal Ang tampil menyuarakan pendapatnya dan mengkritik video rakaman tersebut menerusi Instagram Live miliknya pada Isnin.

Micheal Ang berkata, usahawan itu sebenarnya tidak tahu cara yang betul bagaimana untuk ‘Bleaching’ rambut dengan betul.

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut pun ambil masa sejam dua, bukannya setengah jam seperti didakwanya.”

“Saya pun bleach rambut dan prosesnya memang mengambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.”

“Rambut dia tidak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan mengalami keguguran rambut.” Katanya lagi.

Tegas Micheal, rakaman video tersebut jelas mahu memperbodohkan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai proses ‘Bleaching’ rambut yang betul.

“Ala.. sekarang Marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.”

“Kau nak buat konten boleh, tak ada sesiapa cakap tak boleh. Tapi, bolehlah konten yang boleh dipercayai sikit janganlah buat konten untuk orang kutuk.” Jelas Micheal Ang.

Dharnieya Nur Amelsa