Menghitung Hari Tamatkan Zaman Bujang, Cincin Kahwin Tyra Kamaruzzaman Jadi Bualan

Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman tampil berkongsi momen dirinya membuat persiapan perkahwinan bersama lelaki pilihannya, Emran Rijal.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Tyra menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

“Counting days, hours and minutes to forever,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Tyra turut berkongsi perjalanan persiapan perkahwinannya dari segi lokasi, barang hantaran, persalinan perkahwinan dan hadiah untuk tetamu.

Lebih mencuri perhatian, cincin perkahwinan pempengaruh itu dibeli dari sebuah jenama barang kemas terkemuka, Harry Winston.

Terpegun dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya menjangkakan kos perkahwinan pempengaruh itu mampu mencecah ratusan ribu.

 

 

Fatin Nurain