Penyanyi dan komposer lagu, Naim Daniel mengakui bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsi Naim menerusi sebuah rancangan hiburan popular di sebuah stesen televisyen berbayar baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai perkembangan dan status dirinya yang jarang terpalit dengan mana-mana isu kontroversi termasuklah membabitkan kisah cintanya, Naim bagaimanapun masih merahsiakan bila dia akan melangsungkan perkahwinan dan siapakah gerangan individu yang bakal dijadikan isteri kelak.
“Naim sebenarnya akan menamatkan zaman bujang. Bila? Tak tahu lagi,” katanya.
Sebelum ini, pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) itu pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi, Iman Troye gara-gara dilihat terlalu mesra antara satu sama lain.
Terdahulu, Naim kini semakin sibuk dengan projek kolaborasinya bersama kumpulan Raihan menerusi lagu Ya Rasullullah dan kumpulan Dolla, Mungkin Inilah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat.
Sumber: Youtube
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?