Netizen Puji Penampilan Sopan Zizie Izette Ketika Tunai Umrah, Ada Pula Yang Kritik – “Pergi Umrah Ke Nak Bergaya?”

Pelakon Datin Seri Zizie Izette mencuri perhatian warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zizie Izette atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad  berkongsi foto dirinya ketika mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini.

Difahamkan kunjungan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin ke Tanah Suci itu turut disertai ahli keluarganya.

Tampil sopan mengenakan jubah rona biru muda, penampilan Zizie cukup menawan sehingga dipuji pengikutnya.

Malah, ada juga yang memuji ibu kepada lima cahaya mata itu sangat cantik apabila mengenakan hijab dan pakaian longgar.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Zizie terus menutup aurat dan berhijab semula usai pulang umrah kelak.

Namun, disebalik perkongsian sopan itu, ada juga sesetengah netizen yang mengkritik perjalanan ibadah umrah wanita usia 44 tahun itu.

Menjengah ke ruangan balas, ada yang mengkritik tujuannya mengerjakan umrah apabila mengenakan busana tersebut.

Khairil Khusyairi