Hiburan By: Syamir Shafie November 26, 2023 @ 3:29pm

Peminat Tak Henti Hantar DM Nak Hantar Ayam Masak Merah, Ben Amir Terkejut Ramai Wanita Cuba Pikat Hati

Pelakon Ben Amir mendedahkan laman Instagram dan X miliknya dibanjiri dengan mesej langsung (DM) daripada peminat yang berminat ingin menghantar ayam masak merah kepadanya.

Sebelum ini, Ben atau pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin pernah memberitahu bahawa makanan kegemarannya ialah ayam masak merah menerusi program Studio Sembang kendalian Amelia Henderson di laman YouTube.

Justeru, ramai wanita yang sanggup memasak makanan kesukaannya itu demi memikat hati finalis Hero Remaja 2012 itu.

“Memang ramai hantar mesej di Instagram dan aplikasi X nak hantar ayam masak merah.

Tapi saya anggap ia hanyalah sekadar usikan dan gurauan, tiada apa yang serius pun,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, teraju utama Sweet Dreams itu mengakui tidak mempunyai masa untuk berfikir soal cinta dan jodoh ekoran kesibukan kerja dan jadual yang padat.

“Setakat ini, belum jumpa, lagipun saya tengah sibuk penggambaran. Manalah ada masa nak cari jodoh,” ujarnya.

Akui sering diajukan soalan berkaitan kekasih hati, Ben enggan terburu-buru dan ingin menikmati kehidupan bujang sepuas-puasnya.

“Walaupun ramai rakan seangkatan sudah berkahwin, tapi saya tak mahu terburu-buru untuk ikut jejak mereka.

“Buat masa ini, saya masih seronok dengan kehidupan solo. Banyak lagi benda yang saya nak buat, antaranya mengembara.

“Sesetengah orang mungkin perlukan seseorang untuk teruskan hidup atau mahu rasa disayangi, tapi saya tak perlukannya untuk hiburkan hati,” katanya lagi.

Bertanya lanjut berkaitan kriteria calon isteri, pelakon telefilem Kek Batik Cheese Leleh itu mengidamkan wanita yang merendah diri, pandai menjaga batas, berpendidikan, memiliki sifat keibuan dan lemah lembut.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Trending Fri, 22 Mar 2024

Raya Jadi Lebih Riang & Selesa Bersama Bata, Dengan Pilihan Lebih 300 Pilihan Design!

Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti korang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan! Kasut dan beg ni […]

Selebriti Thu, 21 Sep 2023
Featured Thu, 14 Oct 2021

Adele Umum Bakal Muncul Album Baru Bulan Depan

Penyanyi terkenal, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang berjudul 30 akan dilancarkan pada 19 November ini. Adele membuat pengumuman itu menerusi ‘tweet’ di Twitter semalam. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. 30 – November 19 […]

Trending Fri, 26 Nov 2021

Sah Bergelar Suami Nik Nazira, Rupanya Yonnyboii Dah Berkahwin 20 November Lalu – “Saya Menikah Sehari Selepas Haqiem Rusli”

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, mengesahkan dirinya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunang, Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu. Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman […]