Selebriti By: Atiqah Johari September 13, 2023 @ 10:00pm

“Kalau Nak Pilih Dua-Dua, Abah Bermimpi!” – Anak ND Lala Pernah Nasihat Bapa Ceraikan Siti Munirah Untuk Selesaikan Konflik

Anak kedua kepada penyanyi terkenal era 80-an Datuk ND Lala, Amir Shafiq Amzah mendedahkan bahawa dia pernah menasihati bapanya untuk menceraikan isteri baharunya, Siti Munirah Abdul Ghani.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok kekasihnya, Amir memaklumkan dia menasihati bapanya untuk bertindak sedemikian bagi menyelesaikan dan menyelamatkan kemelut rumah tangga yang berlaku.

Malah, dia juga menjelaskan kepada ND Lala bahawa bapanya itu akan kehilangan ibunya, Fauziah Sarman dan anak-anak jika memilih untuk meneruskan perkahwinan dengan Siti Munirah.

“Ini adalah perkara sebenar saya cakap dengan dia (ND Lala). Abah, kalau sayang mak, sayang kami anak-anak, ceraikan dia (isteri baharu). Cakap elok-elok dengan dia. Dia akan faham. Dia masih muda, baru 33 tahun dan perjalanannya masih panjang. Jangan risau.

“Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat neutral. Fiq sayang mak dengan abah sama rata walau apapun berlaku.

“Saya cakap lagi, tapi kalau abah rasa nak pilih dua-dua, abah bermimpi,” kongsinya.

Katanya lagi, mereka sekeluarga menjalani kehidupan seperti biasa walaupun ND Lala telah tinggalkan mereka.

“Walaupun abah dah tinggalkan kami kat sini, kami okay je. Saya nak bagitahu dekat abah, kami kat rumah ni okay je. Abah takde pun, okay je.

“Sebab abah yang kami kenal tu bukan abah yang sekarang ni. Kalau abah yang sekarang ni ada kat rumah kita, orang pun tak nak.

“Kalau abah nak balik tu, biarlah abah yang dulu. Tapi, saya tahu mungkin perkara tu takkan berlaku kan?,” luahnya lagi.

Bukan itu sahaja, Amir dan kekasihnya yang dikenali sebagai Eiza turut menjelaskan perkara sebenar tentang dakwaan mencuri kereta Munirah dalam video yang berdurasi 5 minit itu.

@pandawarrior_001 Replying to @eitashah kami juga ada maruah dan nama-nama yg perlu kami jaga. kami juga ada reputasi yg kami amat jaga. disebabkan tuduhan fitnah ini, ia amat menggangu ketenteraman kami. Sesungguhnya, bukan kami yang buka aib uncle NDLala, tapi uncle sendiri yang membuka aib uncle. #yangbenartetapmenjadibenar #fyp #kebenaranakanmenang #rememberwhyyoustarted #familyfirst ♬ Hati Yang Kau Sakiti – Lia Syila

Artikel Berkaitan: “Tak Ingin Pergi Tapi…” – Kongsi Anak ‘Cover’ Lagu ‘Rumah’, Kapsyen Bekas Isteri ND Lala Buat Ramai Sebak!

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Lengkap Sekeluarga, Kapsyen Anak ND Lala Sentuh Hati Ramai Netizen – “Allah Nak Tarik Nikmat Sekejap Je”

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai ‘Voice Note’ ND Lala Disahkan Mahkamah, Bekas Isteri Syukur Selesai Secara Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Oct 2021

Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan. Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah […]

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

钟铉遗作《Poet | Artist》藏洋葱!1月23日推出

韩国歌手金钟铉在2017年12月忽然离世,由于他轻生10天前才在个人演唱会上宣布新专辑消息,令歌迷错愕不已;为缅怀他对音乐的热情,所属经纪公司SM娱乐决定正常贩卖新专辑,遗作名称为《Poet | Artist》。

Featured Wed, 3 May 2023
Trending Wed, 11 Sep 2019

“Abang Posmen Atlet Lontar Peluru Kot?”

Apa kes wei posmen dengan atlet lontar peluru?

Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Tue, 3 Oct 2023

Lalui Pengalaman Pahit Masa Kecil, Janna Nick Tebus Luka Zaman Kanak-Kanak Dalam Teater?

Kita tak dapat mengubah masa silam, tapi kita boleh ubah nasib kita sekarang