Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Nampaknya ratusan peminat penyanyi Korea Selatan, Kim Jae Hwan terpaksa menahan sedih apabila impian untuk bertemu dengan idola mereka itu terpaksa dilupakan.

Ini kerana penganjur Macpiepro mengumumkan acara bertemu peminat penyanyi Korea Selatan itu yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang tadi terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Menerusi sebuah kenyataan, penganjur memberitahu pembatalan saat akhir dilakukan kerana permit untuk acara berkenaan tidak diluluskan.

“Dengan penuh kesal, kami mengumumkan 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur dibatalkan disebabkan kami dimaklumkan permit untuk konsert ini tidak diluluskan.
“Kami amat kesal dengan pengumuman saat akhir ini disebabkan sudah sedaya upaya mendapatkan permit berkenaan. Bagaimanapun, usaha kami gagal.

“Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat,” tulis pengajur di dalam sebuah kenyataan media.

Pelantun lagu Begin Again ini sepatutnya dijadualkan untuk mengadakan acara bertemu peminat sulungnya selepas bergerak solo dalam karier seninya.

Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan bergerak secara solo selepas kumpulan Wanna One dibubarkan pada Januari lalu.

Penyanyi berusia 23 tahun ini kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.

Sumber video: KMania.my

SGMS Faida