Potong Rambut Pendek, Netizen Puji Nora Danish Makin Lawa – “ATM Dia Unlimited, Sebab Tu Tak Tua”

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek berdurasi 11 saat menerusi akaun media sosialnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora kelihatan tampil dengan gaya potongan rambut pendek dan memakai baju berlengan panjang berwarna putih sambil bernyanyi secara lip sync lagu Rayuan Perempuan Gila nyanyian asal Nadin Amzah.

“Menurutmu?,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Kagum dengan kecantikan Nora yang tidak dimamah usia, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan balas berkenaan.

“Nora ni pakai skincare reverse aging ke?

“Mesti ramai yang buat rambut macam ni. Cute!

“Cuteness Overload! I was not ready for this.

“Orang kecil ni untung, nampak awet muda je selalu.

“Nora ni dia tak pernah stress agaknya. Mesin ATM dia unlimited sebab tu tak tua.

“Dulu aku tengok cerita lakonan dia masa umur 13 tahun. Masa tu tak ada misai janggut.. sekarang umur aku dah  23 tahun dah ada misai dan janggut tapi dia begitu je rupanya.

 “Umur sebaya mak aku tapi, muka dia lagi muda dari aku,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

Salma Syahbuddin