Hiburan By: Khairil Khusyairi March 2, 2024 @ 7:42pm

AJL38: Pertaruhan Vokal Bermula… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bawa Pulang Trofi Vokal Terbaik

AJL38: Pertaruhan Vokal Bermula… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bawa Pulang Trofi Vokal Terbaik

Saban tahun pasti Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi acara yang ditunggu-tunggu buat peminat muzik tanah air.

Manakan tidak, penganjuran acara berprestij itu adalah platform terbaik bagi mengangkat martabat penggiat seni sekali gus melonjakkan populariti seseorang penyanyi itu.

Pastinya setiap trofi yang dipertaruhkan dalam setiap edisi menjadi dambaan setiap finalis yang bertanding sama ada Juara, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Umum mengetahui proses pemilihan pemenang setiap trofi adalah dari penilaian juri profesional kecuali trofi Persembahan Terbaik iaitu melalui undian.

Jadi, siapakah yang bakal merangkul trofi Vokal Terbaik edisi kali ini? Pasti ramai yang berteka-teki malah pentas AJL juga cukup sinonim dengan elemen kejutan

Amat sukar sebenarnya mahu diramal siapa. Jadi XTRA senaraikan ramalan-ramalan finalis yang bakal mengenggam trofi yang menjadi rebutan setiap penyanyi itu.

Bagi kategori vokal terbaik, AJL38 menyaksikan kesemua finalis mempunyai kekuatan tersendiri dalam lontaran vokal, namun antara yang menjadi tumpuan adalah Hael Husaini, Marsha Milan, Ernie Zakri, Aina Abdul, Ziana Zain & Hasif Upin.

Kekuatan lagu yang dipertandingkan juga mempengaruhi dan sudah tentu setiap lagu yang bertanding memiliki kelebihan masing-masing.

Bagaimanapun, tiga lagu yang mungkin mampu membawa pulang trofi itu adalah Darah nyanyian Marsha Milan, Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul dan Astana nyanyian Ernie Zakri.

Mungkin kebarangkalian untuk Bintang nyanyian Hael Husaini dan Hasrat nyanyian Amir Jahari contohnya akan memberi saingan mengejut.

Siapa agaknya ramalan anda?

Alami dunia Muzikaverse di AJL38 , bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jul 2020
Hiburan Fri, 14 Feb 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Hiburan Wed, 12 Oct 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Ini Respons Nazim Othman

Letups Nazim Othman kalau pegi bercuti

Hiburan Tue, 15 May 2018

Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya…