Categories: SelebritiTrending

“Dia Yang Tanggung Segala Derita” – Puji Menantu, Patimah Dedah Puteri Sarah Besar Hati Maafkan Individu Yang ‘Zalim’ Kepada Diri & Anak

Baru-baru ini, ibu kepada pengarah filem Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran mengenai menantunya pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Patimah memuat naik poster pelancaran buku Puteri Sarah yang telah berlangsung pada 30 Mei lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Patimah memuji kesabaran menantunya itu ketika menempuh konflik rumah tangga.

Malah, Patimah turut kagum dengan kesabaran yang dimiliki menantunya itu kerana memaafkan individu-individu yang pernah berlaku zalim terhadap dirinya dan anak-anak.

“PSL (Puteri Sarah Liyana) wanita comel yang menanggung segala derita rumah tangga sendirian.

“Yang mempunyai hati besar memaafkan mereka-mereka yang zalim kepada diri dan anak-anaknya, hanya Allah yang dapat membalas kesabarannya,” tulis Patimah di ruangan kapsyen dengan berlatarbelakangkan lagu Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana.

Artikel Berkaitan: Ramai Luah Kecewa Kes Saman Ira Kazar Selesai, Ini Jawapan Padu Puteri Sarah!

Artikel Berkaitan: “Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Cakap Buruk Pasal Puteri Sarah, Ini Respons Tuan Badan – “Dah Bagi Pun Masih Menyalak Maksudnya Tak Tenang La…”

Artikel Berkaitan: Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Atiqah Johari