Categories: SelebritiTrending

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Sebelum ini, penampilan fizikal pelakon jelita, Izara Aishah mencuri tumpuan apabila kelihatan seperti sedang hamil ketika menghadiri ke acara fesyen Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Artikel Berkaitan: Tampil Anggun Di KLFW, Fizikal Badan Izara Aishah Curi Tumpuan… Netizen Dakwa Dah Hamil 6 Bulan – “Jumpa Dia Beli Barang Baby”

Susulan itu, tidak lagi bersembunyi, Izara memuat naik beberapa keping foto ketika menghadiri sebuah acara dan meninggalkan kapsyen seperti memberi bayangan tentang kehamilan keduanya.

“Here I’ll tell you. It’s due next month,” tulisnya ringkas.

Namun begitu, Izara dilihat menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Untuk rekod, Izara berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia, 3.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Asal Buncit Je Orang Ingat Pregnant, Tak Habis Habis Tengok Perut  Orang” – Izara Aishah

Atiqah Johari