Shuib Dikecam Gara-Gara Mateen Buat Aksi Tak Senonoh, Watie Tampil Beri Respons

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan mengenai sebuah video yang memaparkan aksi kurang sopan anak lelaki mereka iaitu Mateen yang tular di media sosial sehingga dikritik netizen, baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Watie memaklumkan bahawa dia dan suaminya itu tidak pernah melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak.

“Tiada, dia bukan ikut sebab daddy dia. Mommy dan daddy dia tak pernah bersama di saat anak ada, selalunya selepas anak pergi sekolah. Jangan risau,” katanya.

Watie ditemui pada majlis eksklusif preview Riviera Raya Lebaran FiziWoo di Ibu Kota, baru-baru ini.

Tambah Watie, dia menyifatkan suaminya itu suka bergurau apabila memberi reaksi terhadap kelakuan anak lelakinya itu ketika merakam podcast bersama pelawak Shuk Sahar dan ‘OkLetsGo’.

Malah, Watie juga memaklumkan kelakuan Mateen itu bukanlah kali pertama terjadi dan mereka pernah menegurnya sebelum ini.

“Shuib suka bergurau…mungkin reaksi Shuib itu bergurau sebab nampak aksi itu seperti kuda.

“Mateen pun tak tahu dia viral fasal video itu. Sebenarnya sebelum ini Mateen pernah buat dan kami juga pernah tegur.

“Dia dah lama tak buat, mungkin waktu itu kebetulan dia buat,” ujarnya  lagi.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Mateen melakukan aksi kurang sopan ketika Shuib sedang bersiaran di sebuah podcast.

Malah, kenyataan gurauan yang dikeluarkan Shuib yang memohon maaf atas kelakuan anaknya itu disebabkan terlihat aksinya di rumah turut dikecam netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Ke Airport Dah Mula Rasa Sedih, Air Mata Dah Menitik” – Watie Hanifiah Sedih Pertama Kali Berjauhan Dengan Suami

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Watie Hanifiah Selalu Pesan Pada Anak Untuk Tak Kurang Ajar Dengan Orang Dewasa, Terharu & Syukur Talita ‘Backup’ Bila Dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Anak Perempuan Shuib Belajar Vokal Dengan Watie Raih Perhatian, Netizen Komen – “Pewaris Arwah Siti Sarah”

ARTIKEL BERKAITAN: Berdebat Isu Suami Buat Hal Semasa Isteri Sedang Hamil, Watie Kongsi Ceramah Shuib – “Cara Paling Mudah Benarkan Kahwin Lain…”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sedih Akaun IG Kena Gantung, Shuib Minta Bantuan Ramai

Khairil Khusyairi