Sweet Betul! Aksi Dai Syed & Hana Ismail Menari Bollywood Buat Peminat Jealous – “Saya Kena Pindah Dari Planet Bumi”

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan peminat selepas berkongsi momen manis mereka menari bersama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syed telah memuat naik video mereka sedang menari Bollywood bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Syed juga sempat mengusik isterinya, Hana untuk beraya di kampungnya pada tahun ini.

”Tahun ni balik raya kampung saya!! Nasib muka macam anggur, tak jadi nak bukul (pukul),” tulisnya.

@daisyed_Tahun ni balik raya kampung saya !! Nasib muka macam anggur , tak jadi nak bukul .

♬ original sound – Dai Syed

Melihat kecomelan mereka berdua, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang cemburu melihat kemanisan pasangan itu.

Fatin Nurain