Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 30, 2023 @ 12:45pm

Tampilkan Lakonan Hebat Beto Kusyairy, Nadia Aqilah & Ramai Lagi… Filem magiK Selami Hidup Golongan Bermasalah Pendengaran

Sebagai usaha menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem “magiK”.

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Tanaka berkata, magiK yang juga filem kedua arahannya itu bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

“Idea menghasilkan “magiK” apabila idea kami disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.”

“ Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip,” kata Tanaka yang juga pengarah filem Nota kelahiran Jepun.

Sehubungan itu, tayangan khas filem “magiK” diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama dua bulan pada September dan Oktober lalu sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.

Tujuan tayangan khas itu ialah untuk berkongsi filem “magiK” dengan penonton. Selaku pengarah dan penulis skrip filem ini, Tanaka dan Bea yang juga penerbit turut turun padang di semua lokasi terbabit.

Mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.

“Versi yang ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi ‘closed caption’ yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.”

“Filem “magiK” memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”

“Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak dengan menjemput komuniti pekak.

“Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak,” katanya.

Tanaka pula berkata, Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa itu.

“magiK” adalah filem kedua arahan Tanaka selepas Nota ditayangkan di pawagam pada 2015.

Filem “magiK” memaparkan Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa para pelancong melihat kelip-kelip.

Ibunya pula mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.

Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya berkelip dan terbang dengan cara tertentu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Featured Mon, 6 Jan 2025
Featured Sat, 19 Mar 2022
Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Amy Search, Isteri Hadir Balai Polis Shah Alam Raih Tumpuan

Amy Search, isteri ke IPD Shah Alam dipercayai bersama peguam

Featured Fri, 15 Nov 2024

Mengaku Diri Tak Sempurna, Redza Rosli Enggan Komen Isu Cerai Rakan Artis

“Apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu adalah sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan Allah”.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

‘Saya Tak Sengaja’- Lan Pet Pet Mahu Mohon Maaf Dengan Pakcik Yahya

Selebihnya terserahlah kepada Yahya, saya terima dengan hati terbuka…

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
error: Content is protected !!