“Toxic Gila, Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia…” – Dituduh ‘Merentan’ Gara-Gara Letak Nama Penjaga Kedua, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Tampil Bidas Kenyataan Individu

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dituduh ‘merentan’ atau tidak berdamai dengan masa lalunya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, seorang individu meninggalkan komen di hantarannya semasa ke mahkamah untuk selesaikan hak penjagaan anak dengan mempersoalkan tindakan Shuhada yang meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua buat anak-anaknya seakan lepas tangan kerana sibuk bekerja.

“Memang patut dia jaga pun. Anak kecil lagi si mak dok busy sangat sampai takda masa. Dah tu pergi court nak minta letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua.

“Tak ke terang lagi nyata si mak dengan budak-budak ni busy sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni?

“Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak hang sebagai penjaga kedua kot,” katanya.

Malah, dia melabelkan Shuhada wanita toksik kerana dilihat masih tidak ‘move on’ dengan perkara yang berlaku.

“Toxic gila. Lagi toxic dari bekas laki dia. At least bekas laki dia tak merentan sangat kat social media. Ada batas nak kena jaga.

“Selalu lepas cerai, kebanyakkannya lelaki yang bukan main merentan. Ni terbalik. Kesian anak-anak jadi game dekat court,” tulisnya lagi.

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil membidas kenyataan individu berkenaan dengan mengatakan dia sibuk bekerja bagi menyara keluarganya.

Pada masa sama, dia turut memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya membuat andaian yang melulu.

“Ini contoh manusia gigih buat fake account nak tembak benda terang-terang perkara b***st, kita simpan buat proofs siapa yang merentan, dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke?

“Sembang la…ada batas nak kena jaga? Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. I am not the old Shuhada bro, yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” tegasnya.

Maya Basir