Ulas Isu Artis Bergaduh, Pesanan Sajat Tentang Persahabatan Buka Mata Ramai – “Kalau Boleh Jangan Berkongsi…”

Pempengaruh Nur Sajat Kamaruzzaman tampil memberikan pesanan yang membuka mata orang ramai susulan isu artis bergaduh sesama sendiri, sejak kebelakangan ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sajat ketika membuat sesi live di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Sajat sempat berkongsi kesedaran kepada orang ramai supaya berpada-pada dalam persahabatan.

Menurut Sajat, dia bersetuju dengan pesanan orang dahulu supaya tidak mudah berjanji meskipun persahabatan yang dibina itu sedang indah agar tidak menyesal dia kemudian hari.

“Bila dengar artis bergaduh ni kan. Bila tengok balik orang cakap pasal kisah silam kita ada satu kesedaran tau. Sebab tu lah dalam apa yang kita buat kalau boleh kita jangan berkongsi.

“Kadang-kadang kita takut nanti sekarang memanglah berjanji, tengah manis. Sebab tu orang dulu kata, time suka jangan cepat berjanji.

“Time marah jangan cepat maki, takut nanti apa yang dia cakap tu terasa di hati. Lebih baik time suka, beringat-ingatlah sebelum berkata apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengaibkan seseorang yang pernah bergelar sahabat sekiranya hubungan itu mula renggang.

“Hati-hatilah berkawan tu kita belajar dari segi apa yang kita nampak. Macam saya, saya nampak menjadi sahabat ni walaupun kita berpisah ke jadi apa pun janganlah kita mengaibkan sahabat.

“Kerana apa yang saya belajar sekarang ni, sahabat itu dulu pernah satu ketika baik dengan kita. Jangan kerana hanya satu terluka, semua kebaikan tak pernah kita nampak, tak pernah kita lihat, tak pernah kita rasa.

“Jadi, sebelum kita nak lakukan apa-apa tu always positif,” jelasnya.

Kagum dengan nasihat spontan pempengaruh itu, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai respons di ruangan komen.

Fatin Nurain