[VIDEO] Berlakon Spontan, Ramai Mahu Fazura & Lisa Surihani Berganding Semula – “Teringat Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia!“

Pelakon jelita, Nur Fazura mencuri perhatian selepas berkongsi video bersama rakan selebriti, aktres Datin Lisa Surihani.

Menerusi video di aplikasi TikTok, Fazura dan Lisa menghiburkan ramai apabila membuat lakonan spontan mereka sendiri.

“Pov: bila pelakon-pelakon dah lama tak berlakon buat scene sendiri,” tulis Fazura di kapsyen.

Berdasarkan video berdurasi, Fazura seakan memegang watak sebagai pengurus syarikat dan Lisa sebagai rakan bisnes partner.

“Saya cuma ada satu concern saja pasal projek kita tu, jom kita duduk dululah,” katanya spontan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merindui gandingan kedua-dua pelakon hebat tanah air ini.

Rata-rata netizen terimbaj semula momen Fazura dan Lisa ketika mereka berlakon memegang watak sebagai adik-beradik dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 8,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 30 komen.

Aqilah Paharuzi