Categories: HiburanTrending

[VIDEO] Pelakon Wanita Tak Senang Dengan Anna Jobling? – “Saya Tak Kacau Sesiapa, Kenapa Nak Kacau Saya?”

Pelakon Anna Jobling enggan ambil pusing mengenai isu seorang pelakon wanita yang didakwa memburukkan namanya di media sosial.

Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, dia percaya rezeki tidak salah alamat.

“Saya sedar perkara ini daripada peminat. Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak dengki dengan orang.

“Rezeki tak salah alamat. Saya percaya rezeki masing-masing. Saya tak ganggu sesiapa, kenapa nak ganggu saya pula?

“Saya terkejut kerana saya pernah berlakon dengan dia. Hubungan saya dan dia macam biasa sahaja,” katanya.

Terdahulu, seorang pelakon wanita didakwa mempertikaian penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan.

Isu ini menjadi perbualan peminat dah penyokong Anna di laman Twitter.

Tambah Anna, tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan pelakon itu kerana bukan dia yang memulakan sengketa.

“Saya takkan merendahkan diri ke tahap sebegitu. Saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Semakin anda dengki dengan orang, semakin sikit rezeki anda.

“Kalau saya berjumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri. Jika anda dengki dengan saya, itu masalah anda, bukan masalah saya.

“Saya baik-baik sahaja, saya ada peminat yang tak lelah menyokong. Itu yang saya mahu fokuskan,” katanya.

Anna ditemui usai pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara malam tadi.

Selain Anna, teater arahan sutradara Azhar Zainal ini turut menampilkan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin.

Hari pertama pementasan terbabit berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 penonton serta selebriti seperti Dafi, Zulin Aziz, Zoey Rahman, Ramlah Ram, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini dan tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

Padin