Hiburan By: Maya Basir December 12, 2023 @ 12:25pm

[VIDEO] Pernah Gagal 4 Kali Dalam Perkahwinan, Natasha Hudson Alami Penyakit Keturunan? – “Bila Tak Heal, Dia Boleh…”

Pelakon Natasha Hudson akui kehidupannya terkesan selepas melalui lima kali perkahwinan dan empat kali perceraian.

“4 divorces at young age and 5 marriage truly affected my life in so many way,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di TikTok @natashahudson semasa temubual bersama Lesung Batu Medic Show di Youtube, dia mendedahkan generasi keluarganya terdahulu pernah melalui perkara yang sama.

Menurut pelakon berdarah kacukan Australia ini, kegagalan di dalam perkahwinan tersebut seakan trauma yang tidak sembuh dan seterusnya menjadi penyakit keturunan.

“I found out something really interesting macam apa yang berlaku dalam our family can be like DNA imprimante.

“Apa yang ada dalam DNA kita, kalau keturunan tu tak heal dia boleh pass on to the next generation.

“I am so not surprised because my grandparents from Australian side were the same and also had many marriages and then it went to my dad, it went to me,” jelasnya.

Pada masa sama, dia pernah merasakan bahawa dirinya telah disumpah kerana telah melalui beberapa kali perkahwinan namun gagal.

“I used to think it was a curse tapi sebenarnya tak. Mungkin the trauma was never heal,” ujarnya.

@natashahudsonofficial 4 divorces at young age and 5 marriages truly effected my life in so many way. How did I stand on my 2 feet and strongly not give up on this journey? What did I understand from this experience? I’m still learning and growing. Catch more of this full episode on youtube @lesungbatu.my Together with @Dr Roland Victor MD and @Mangala | Transformation Coach #lesungbatu #lesungbatumy #drrolandvictor #natashahudson #family #marriage #divorce #healing #trauma #psychotherapy #psychology #podcast #love #natashahudson #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #malaysiancelebrity #kualalumpur ♬ original sound – Natasha Hudson

Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga buat kali kelima bersama suami, Jay Jasmin pada 28 Mac 2022.

Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya iaitu Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

Kemudian pada Oktober 2018, Natasha telah bercerai dengan bekas suami ketiganya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Menerusi perkahwinan yang terjalin selama enam tahun itu, Natasha dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada tahun 2006, Natasha berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih namun rumah tangga mereka berkecai dan hanya bertahan selama empat bulan saja.

Perkahwinan pertama Natasha adalah bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022
Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Jom sertai BoBoiBoy sambut hari jadi di MAPS!

Bukan itu saja, pihak pengurusan turut menampilkan penyanyi Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne. Nampaknya, barisan artis yang membuat persembahan bukan biasa-biasa tau! 

Hiburan Wed, 3 Apr 2024
Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Trending Mon, 21 May 2018

爸爸到模特女儿拍摄地点「神还原女儿写真」

美国一名女高中生Kendel Divarco 因赢得了全国模特儿比赛,而得到了前往拉斯维加斯拍写真集的机会;没想到后来Kendel的父母因为工作关系,也去到了Kendel在拉斯维加斯拍摄写真集的同一间酒店,接下来发生的事让她哭笑不得……