[VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, berkongsi berita gembira itu bersama suaminya yang juga seorang pengacara, Nabil Mahir sebentar tadi.

Menurut Ayda, usia kandungannya kini mencecah lima bulan dan bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua itu pada penghujung tahun ini.

“Kami bakal timang cahaya mata kedua tak lama lagi.

“Insya-Allah, ‘due’ hujung tahun ini,” kongsi mereka teruja.

Terdahulu, pelantun lagu Pencuri Hati itu memaklumkan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua kedua apabila anak sulungnya, Ana Nayla sudah berusia 2 tahun.

Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 januari 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla, 2.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Sedia Timang Cahaya Mata Lagi

Khairil Khusyairi