“Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

Perkongsian penyanyi Nourul Depp menjadi tumpuan ramai apabila mengimbau kembali pengalaman pertama melahirkan anak sulungnya, Ayu Nazirah sekitar 25 tahun lalu.

Menerusi hantaran tersebut, kapsyen yang ditulis Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Abdul Wahab seolah-olah meninggalkan tanda tanya.

Dalam hantaran berkenaan, Nourul berkata dirinya dalam foto tersebut seakan ‘mati’ selepas membesarkan anak gadisnya.

“Wanita dalam gambar ni dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya. She adopted a new lady to be her mother until she was 23.

“The lady here was reborn to a different person. And that baby girl belongs to someone elese and to another woman that she could call mother.

“23 years – that is her promise to keep her. That was the chapter,” katanya.

Jelas Nourul, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenunya kepada kehidupan membesarkan tiga anaknya yang lain.

“New chapter Only god knows. I was chosen to give birth but not to keep the 1st. Now I am making my choices. To give birth to three more and to keep them all because I deserved the pain and the challenges as well as sacrifices.

“I deserve better. I deserve best life. Poor you Noorulhuda,” tambahnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada netizen yang berkata perkongsiannya itu bakal mengundang 1001 spekulasi.

Namun jawabnya, dia mampu untuk menanganinya dan hanya akan berdiam diri.

Terkini, Nourul berkongsi video terbaru di Instagram memberi pesanan kepada pengikutnya untuk menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Esa.

“Yang penting sihat, badan kuat hati happy. Kalau tak happy kita bagi happy sebab kita ada Allah. Kita serahkan sahaja kepada-Nya. Apa sahaja berlaku kita kena reda.

“Kita tahu apa salah, pengorbanan, apa benarnya kita, dan apa kebaikan kita dah buat,” ujarnya.

Sekadar info, Ayu adalah anak dari hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer terkenal, Ajai.

Selepas bercerai, Nourul mendirikan rumah tangga kedua bersama Eric Daniel Depp pada 2012 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Aqilah Paharuzi