Watak Seira Mula Tunjuk Taring, Lakonan Siti Hariesa Dalam Drama Perempuan Itu Berjaya Undang Cemuhan

Bakal menemui episod akhir tidak lama lagi, drama bersiri Perempuan Itu semakin meraih perhatian dalam kalangan penonton setianya.

Drama yang ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton ini juga secara tidak langusng telah meningkatkan populariti pelakon Siti Hariesa, yang memegang watak Seira selaku penyondol.

Dalam episod terbaharu, Seira yang menjadi punca keberantakan rumah tangga Emir (Zul Arifin) dan Khalish (Mimi Lana) akhirnya menunjukkan belang apabila suaminya mula ‘gila talak’ terhadap bekas isterinya.

Bahkan, Seira juga sudah berani berjumpa dan menyerang Khalish untuk tidak terus bergantung dengan suaminya, Emir.

Geram dengan aksi berani perampas itu, watak Seira tersebut sekaligus berjaya meraih cemuhan dalam kalangan penonton setianya.

Menerusi sebuah perkongsian yang tular di TikTok pula, ada juga yang memuji karakter Seira dalam drama tersebut yang dikatakan lembut dan baik biarpun perlu memegang watak penyondol.

@_lianaibrahim_ Replying to @kakkelly5 Seira seorg yg manja & lemah lembut orgnya. #perempuanitu #fypシ #tbs #seira #sitihariesa ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Selain Hariesa, drama arahan Ain Sharif ini juga turut dibintangi oleh Mimi Lana, Zul Arifin, Amar Asyraf, Erma Fatima dan ramai lagi.Bakal menemui episod akhir tidak lama lagi, drama bersiri Perempuan Itu semakin meraih perhatian dalam kalangan penonton setianya.

Drama yang ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton ini juga secara tidak langusng telah meningkatkan populariti pelakon Siti Hariesa, yang memegang watak Seira selaku penyondol.

Dalam episod terbaharu, Seira yang menjadi punca keberantakan rumah tangga Emir (Zul Arifin) dan Khalish (Mimi Lana) akhirnya menunjukkan belang apabila suaminya mula ‘gila talak’ terhadap bekas isterinya.

Bahkan, Seira juga sudah berani berjumpa dan menyerang Khalish untuk tidak terus bergantung dengan suaminya, Emir.

Geram dengan aksi berani perampas itu, watak Seira tersebut sekaligus berjaya meraih cemuhan dalam kalangan penonton setianya.

Menerusi sebuah perkongsian yang tular di TikTok pula, ada juga yang memuji karakter Seira dalam drama tersebut yang dikatakan lembut dan baik biarpun perlu memegang watak penyondol.

Selain Hariesa, drama arahan Ain Sharif ini juga turut dibintangi oleh Mimi Lana, Zul Arifin, Amar Asyraf, Erma Fatima dan ramai lagi.

Fatin Nurain