Watie Tak Pernah Terdetik Kembali Ke Penampilan Lama… Kini Lebih Bersyukur, Mengaku Perlu Perbaiki Cara Pemakaian

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui dirinya kini lebih tenang dan selesa berhijab.

Perkata itu telah dikongsikan oleh Watie selepas salah seorang peminatnya bertanya tentang keinginannya untuk kembali semuala ke kehidupan lalu di Instagram Story (Igs).

”Ada rasa nak kembali kehidupan lama tak sebab iman kita kan turun naik. Happy tengok Watie sekarang,” soal peminatnya.

Menyedari perkara itu, Watie menyatakan dia tidak pernah terfikir dan terdetik untuk kembali berpenampilan seperti suatu ketika dahulu.

Namun, dia sedar masih banyak perkara yang perlu perbetulkan dari segi cara pemakaiannya yang bertudung itu.

”Syukur, Alhamdulillah sehingga ke saat ini tak pernah lagi terdetik rasa tu kat hati. Dan sejujurnya sekarang ni sebenarnya rasa lagi mudah dan selesa.

”Cuma dari segi pemakaian dan bertudung tu tak nafikan banyak lagi nak kena diperbetulkan. Tapi apa yang penting doakan moga Allah takkan letak lagi rasa-rasa yang macam dulu-dulu dalam hati kita okay,” katanya.

 

 

Fatin Nurain