Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin May 29, 2018 @ 12:00pm

Khasiat Beras Perang Ini Memang Berguna Untuk Kesihatan Anda

Anda pernah makan nasi berasaskan beras perang? Mesti anda ingat bahawa beras perang ini hanya bagus untuk mereka yang mengidap diabetes sahaja kan? Kalau anda beranggapan sebegitu, anda silap!

Tahukah anda bahawa, beras perang ini amat bermanfaat untuk kesihatan anda? Sebenarnya beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa anda makan setiap hari itu.

Beras perang biasanya tidak ditapis dan tidak diproses seperti beras putih, malah kulit beras perang juga tidak dibuang. Kulit beras perang itulah yang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan kita seperti serat, protein, magnesium dan zink.

Foto: NDTV Food

Jom kita ketahui antara manfaat yang anda perolehi sekiranya setiap hari anda makan nasi berasakan beras perang.

1. Beras perang mengandungi sebatian Lignans

Foto: New.Zing

Beras perang mengandungi lignans yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.

2. Mengurangkan risiko kanser

Foto: Everyday Health

Untuk pengetahuan anda, beras perang mengandungi sebatian botani yang dikenali sebagai total phenolic content, atau TPC yang mempunyai sifat antioksidan yang kuat yang dapat melindungi sel-sel badan anda daripada terkena kanser. Bukan itu sahaja, kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus.

3. Bagus bagi penghidap diabetes

Foto: Wanista

Memang sudah pasti bahawa beras perang menu yang terbaik bagi menggantikan beras putih bagi penghidap diabetes. Bagi anda juga sangat bagus bertukar kepada beras perang kerana ia dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia juga membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

4. Bantu turunkan berat badan dan obesiti

Foto: NDTV.com

Ini berita baik untuk anda yang nak kuruskan badan! Beras perang mengandungi serat yang membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah. Segala toksik dalam badan juga akan keluar melalui penghadaman tersebut. Selain itu, beras perang ini juga akan membuatkan anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk anda mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Jadi, tunggu apa lagi. Anda perlu bertukar kepada beras perang sekarang demi kesihatan anda! Untuk permulaan, anda boleh mencampurkan beras biasa (putih) dan segenggam beras perang setiap hari. Lama-lama pasti anda sudah biasa menikmati kelazatan beras perang yang penuh berkhasiat ini.

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Featured Fri, 11 May 2018

5 Kesilapan Memasak Lazim Yang Menjadikan Makanan “Sihat” Anda Hilang Khasiatnya

Walaupun kita gunakan ramuan yang sihat, kalau cara memasak tak betul, tiada gunanya.

Gaya Hidup Tue, 2 Jul 2019

Bosan bersenam berseorangan?

Tidak kiralah bersama Encik Suami atau ‘BFF’, aktiviti senaman anda pasti lebih menyeronokkan.

Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Sun, 31 May 2020

Kerak usus punca perut boroi, betul ke?

Ketahui punca perut boroi

Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

error: Content is protected !!