Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 27, 2018 @ 6:59pm

Lagu Bebas Gimik, Aishah Percaya ‘Malar’ Ada Magis Tersendiri

Selepas lapan tahun tanpa single terbaru, penyanyi popular Aishah muncul dengan buah tangan terbaru buat peminatnya.

Single berjudul Malar, ciptaan penuh komposer Hazami ini merupakan ‘hadiah’ pertama penyanyi berusia 53 tahun ini sejak bergelar juara menerusi program Gegar Vaganza musim keempat.

“ Secara ringkasnya, single ini berkisah mengenai diri saya sendiri. Segalanya tentang hubungan yang kekal dengan Tuhan dan manusia. Sebagai manusia biasa, kita harus pastikan hubungan kita sentiasa ‘segar’.

“ It’s a love song for everyone. Saya harap taruhan saya kali ini dapat diterima baik sebagaimana lagu-lagu hits saya terdahulu,” kata Aishah kepada xtra.com ketika ditemui di Q Sentral, Bangsar.

Ketika ditanya sama ada Aishah berminat untuk tampil dengan gimik seperti penyanyi baru lain lakukan, penyanyi yang cukup popular dengan genre balada ini tertawa besar.

“ Gimik apa yang yang bagus penyanyi usia macam saya? Beginilah…saya tak nafikan gimik itu kadang-kadang bagus. Tetapi biarlah gimik yang ada mesej tersendiri.

“ Kalau gimik itu menyampaikan cerita lagu itu, apa salahnya. Tetapi janganlah untuk tujuan viral saja.

“ Saya percaya setiap penyanyi ada cara tersendiri untuk menaikkan lagu mereka. Asalkan tak menyakitkan mata atau hati orang lain, tak salah,” katanya.

Akui Aishah, sesebuah lagu tidak memerlukan gimik berlebihan sekiranya ia kuat untuk menarik minat pendengar.

“ Kalau sesebuah karya itu kuat, rasanya tak perlu gimik. Terpulang pada penyanyi itu sendiri,” katanya.

Lagu dan lirik single Malar ciptaan Hazami dan diterbitkan Helen Yap ini sudah mula diputarkan di radio tempatan. Jangan lupa untuk request di stesen radio kegemaran anda ok?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!

Tonton menghimpunkan pelbagai filem seram premium dari seluruh Asia!

Featured Sat, 9 Aug 2025
Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Jasmin Hamid Saman Warganet Yang Hina Anaknya

Mungkinkah selepas ini makin ramai selebriti tampil untuk membuat laporan terhadap salah laku netizen?

Hiburan Sun, 7 Apr 2024
error: Content is protected !!