Categories: LIFESTYLE

Anda Yang Jalan Laju Punyai Jangka Hayat Yang Lebih Panjang

“Beb, Apasal kau jalan laju sangat. Tak terkejar akulah, slow lah sikit boleh tak?”

Pernah tak anda ditanya atau anda menanya pada rakan-rakan soalan sebegini.

Tahukah anda mereka yang berjalan laju didapati mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih perlahan.

Ya, menurut kajian yang diketuai oleh Tom Yates dari Universiti Leicester di England, individu yang melakukan sekitar 100 langkah seminit dijangka hidup sehinga 15 ke 20 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan individu yang berjalan sekitar 50 langkah seminit.

Kajian tersebut melibatkan seramai 474,919 individu yang merangkumi purata usia 52 tahun dan ia dijalankan sehinggalah mereka meninggal dunia. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Mayo Clinic Proceeding.

Mereka turut mendapati yang mereka dengan kategori berat ‘underweight’ mempunyai jangka hayat terendah iaitu 64.8 tahun bagi lelaki dan 72.4 tahun untuk wanita.

Sebelum ini, pasukan pengkaji ini pernah menjalankan kajian yang hampir serupa, iaitu melibatkan kelajuan langkah seseorang.

Hasil kajian tersebut, mereka membuat kesimpulan bahawa golongan umur pertengahan yang berjalan perlahan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi.

Sumber: New York Post

SGMS Enal