Categories: EventsLIFESTYLE

Elianto Perkenal ‘Use, Share & Earn’

Elianto Make Up (EMU) hari ini mengumumkan bahawa Dato Ray Imran telah menjadi Rakan Bersekutu (Rakan Niaga) dan mengambil alih kedai Elianto Make Up di Pasaraya One Utama Damansara pada tarikh 1 Jun 2019.

Bermula bulan Januari 2019, Elianto Make Up telah menjadi syarikat pertama bagi kategori produk kecantikan di Malaysia yang menjalankan pelan hybrid. Program ini dislogankan sebagai “Use, Share & Earn”.

Ahli akan menikmati rebat minimum 10% serta faedah lain setelah menjadi ahli EMU. Pada hari ini, trend alat solek dan produk kecantikan sentiasa berubah mengikut musim.

Elianto Make Up memiliki lebih daripada 400 jenis produk kecantikan yang boleh didapati di lebih daripada 50 buah kedai Elianto di dalam pasaraya di seluruh Negara.

Selain itu, pelanggan dan ahli boleh dapatkan produk Elianto secara atas talian di www.eliantomakeup.com. Untuk mendapatkan lebih info tentang produk dan faedah, ahli boleh memuat turun aplikasi Elianto Make Up.

SGMS Faida