Trending By: Attiqah Mohd March 24, 2020 @ 4:15pm

COVID-19: Pengorbanan Mulia Rakyat Turki Sanggup Edar Makanan Di Tepi Jalan Buat Golongan Miskin

Dalam kemelutan seluruh dunia memerangi wabak Coronavirus, perintah ‘lockdown” atau perintah kawalan pergerakan semakin diperketatkan. Rakyat tidak dibenarkan keluar daripada rumah tanpa sebarang keperluan penting. Malah, bekalan makanan di pasar raya juga semakin hari semakin sedikit.

Buat golongan yang berkemampuan mereka masih lagi mampu membeli keperluan harian di pasar raya. Mereka masih mampu menjamu  makanan bertaraf hotel 5 bintang di atas meja. Setiap hari bertukar menu masakan, masih sakan bergelak ketawa bersama keluarga di meja makan namun pernahkah kita terfikir akan golongan masyarakat yang tidak berkemampuan?

Kesusahan dan penderitaan mereka yang hidupnya sehelai sepinggang, ibarat hidup segan mati tak mahu. Kais pagi makan pagi. Dalam keadaan yang genting ini, golongan yang tidak berkemampuan semakin menghadapi kesukaran mencari bekalan makanan harian. 

Namun, contoh yang dilakukan oleh kerajaan Turki ini amat menyentuh hati orang ramai. Dalam satu ciapan Twitter,  menunjukkan bahawa negara Turki sanggup mengedarkan bekalan makanan berpaket dan meletakkannya di tepi jalan buat golongan yang tidak berkemampuan. 

In #Turkey, people have started to leave food packets on the road for the poor and the needy who cannot earn due to #COVIDー19 lockdown.
Love you #Turks for representing us. pic.twitter.com/9wYTiIJV24#coronavirus#COVID19#Italy#MulikaCorona#coronaviruskenya

Situasi ini menunjukkan bahawa sebagai masyarakat kita haruslah saling beringat dan berpesan. Kita hidup dalam masyarakat yang saling bergantung harap dan memerlukan satu sama lain. Dan, yang paling penting belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada. Syukur dengan setiap pemberian dan nikmat dari Tuhan buat kita semua. 

Kredit: Twitter

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Mon, 21 May 2018
Trending Sun, 13 Sep 2020
Trending Wed, 30 Sep 2020

4 Lagi Kluster Baharu Kini Dikesan

Terus amalkan penjarakkan sosial dan SOP!

Trending Mon, 29 Aug 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Nazim Othman Jawab Tuduhan Dibela VIP?

Wow!! Siapa yang cakap Nazim dibela tu?? Meh kita tengok apa kata Nazim