Sihat By: tex_admin April 27, 2018 @ 4:00pm

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Pasti ramai dalam kalangan anda yang sukakan makanan yang berasaskan telur setiap kali sarapan kan? Kalau dekat Malaysia, sudah tentu roti telur goyang menjadi pilihan. Telur separuh masak juga pasti menjadi menu sarapan anda kan?

Tapi tahukah anda, telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak di bawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi lemah terutamanya ibu hamil. Agaknya kenapa ya?

Foto: tamilditings

Pakar perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Imelda Balchin telah mendedahkan dua sebab telur separuh masak perlu dielakkan oleh golongan berkenaan. Dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya. Telur mentah juga merupakan pembawa kuman Salmonella

“Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

“Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras,” kata Dr.Imelda dalam satu kenyataan di Facebook.

Foto: Batam.tribunews

Selain itu, Dr. Imelda juga menjelaskan bahawa telur mentah sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria Salmonella. Kalau anda nak tahu, bakteria ini boleh menyebabkan penyakit serius seperti keracunan, keguguran atau kematian janin. Takutnya!

Pesanan penulis, bagi anda yang sedang hamil harus mengelakkan daripada makan telur separuh masak ini ya! Selain itu, para ibu jangan beri telur separuh masak kepada anak kecil anda, berilah makanan berkhasiat yang lain. Lebih baik mencegah daripada kita menyesal satu hari nanti!

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Sep 2019

Kumpulan makanan yang membantu kesuburan wanita

Suami isteri yang masih mencuba harus tahu!

Sihat Wed, 12 Dec 2018
Sihat Fri, 27 Jul 2018

Inilah Kenapa Anda Cepat Lupa Nama Orang Yang Baru Anda Kenal & Cara Mengingatinya

Malu betul kalau berjumpa balik, tapi tak ingat nama dia.

Sihat Tue, 26 Nov 2019

Cabut sehelai uban, lebih banyak akan tumbuh – Fakta atau mitos? 

Ketahui kebenaran di sebalik kepercayaan ini.

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Thu, 30 Jan 2020
Sihat Tue, 26 Jun 2018

Ketulan Ais Mampu Legakan 4 Jenis Sakit Kepala Ini

Kalau sakit kepala, lakukan saja teknik Feng Fu dan ais ini!

Sihat Thu, 10 May 2018

Jangan Lokek Ketawa Kerana Ia Boleh Upgrade Sistem Imunisasi Anda

Tahukah anda bahawa wujudnya sambutan Hari Ketawa Sedunia dan ianya disambut pada Ahad di minggu pertama bulan Mei.

Sihat Wed, 18 Sep 2019
Sihat Wed, 15 Aug 2018

Cuaca Panas Lit Lit Melanda Negara, Anda Berkemungkinan Terdedah 6 Gejala Penyakit Ini

Kesihatan tubuh badan seseorang bukan saja diukur dari segi pengambilan makanan, tetapi juga pengaruh cuaca harian.