familuv By: tex_admin October 29, 2019 @ 10:49am

Tuntutan kerja dan keluarga mampu jejaskan kesihatan jantung wanita, awas!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Wanita  berkerjaya tentunya pernah berhadapan dengan konflik mengimbangi antara tuntutan kekeluargaan dan tanggungjawab di tempat kerja.

Majoriti daripada kita juga pastinya beranggapan stres di tempat kerja yang disebabkan konflik kerja dan keluarga tidaklah perlu diambil berat kerana perkara itu adalah sebahagian daripada proses lazim yang berlaku kepada wanita berkeluarga yang bekerja.

Namun begitu, kajian terbaharu di Brazil menunjukkan bahawa stres yang diakibatkan daripada konflik menguruskan tuntutan kerjaya dan juga keluarga berkemungkinan besar mampu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung individu terutama wanita.

Foto: womansfoundation.com

Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulasan terhadap 27 kajian yang diterbitkan di Current Cardiology Reports menyimpulkan bahawa terdapat hubung antara stres di tempat kerja dan juga peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan strok.

Antara punca utama yang menyebabkan stres kepada individu adalah persekitaran tempat kerja mereka.

American Heart Association (AHA) turut menyatakan bahawa stres adalah faktor yang meningkatkan risiko sakit jantung dan juga penyakit yang berkaitan dengannya seperti darah tinggi dan kolesterol.

Selain daripada isu perhubungan dengan rakan sekerja dan juga bebanan kerja, rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk memenuhi tuntutan kerja dan kehidupan juga adalah faktor utama yang menyebabkan stres tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

Wanita lebih terkesan berbanding lelaki

Konflik dalam memenuhi tuntutan kerjaya dan juga keluarga adalah konflik yang berlaku apabila keseimbangan antara memenuhi tugas sebagai seorang ahli keluarga dan juga memenuhi tugas di tempat kerja tidak dapat dicapai.

Kajian yang melibatkan 11,000 pekerja di Brazil itu menunjukkan wanita mengalami kadar stres yang lebih tinggi berbanding lelaki dalam usaha mereka untuk menangani ketidakseimbangan antara tanggungjawab di tempat kerja dan juga tuntutan kekeluargaan.

Foto: pixabay.com

Walaupun kedua-duanya mempunyai tanggungjawab keluarga yang sama ketika bekerja, analisis dalam kajian berkenaan mendapati wanita mendapat lebih gangguan kerja ketika bersama keluarga berbanding dengan lelaki.

Kepercayaan tradisional jadi punca

Menurut Pengarah Klinikal Emory Women’s Heart, Dr Gina Price Lundberg, kepercayaan tradisi berkenaan dengan peranan wanita berkeluarga di dalam sesebuah masyarakat merupakan punca utama mengapa terjadinya situasi berkenaan.

“Kebanyakan wanita merasa tertekan untuk memenuhi jangkaan yang ditetapkan oleh masyarakat. Di samping itu, kebanyakan wanita juga masih memegang kepercayaan yang beban untuk memastikan kesejahteraan suasana kehidupan di rumah terletak di tangan mereka, katanya.

Cara mengatasinya

Foto: fierceforblackwoman.com

Kajian di atas membuktikan betapa pentingnya keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan dalam penjagaan dan juga kualiti hidup seseorang.

Adalah mustahil untuk menghapuskan stres daripada kehidupan seseorang, namun pakar berpendapat yang seseorang itu perlu belajar bagaimanakah caranya untuk berhadapan dan juga menangani masalah berkenaan.

Selain itu, pakar juga menggalakan agar majikan memperkenalkan inisiatif proaktif memperkenalkan pemeriksaan berkala terhadap tahap stres mahupun keadaan mental pekerjanya.

Sumber: Medical News Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 2 Jul 2018

7 Gaya Bahasa Badan Bayi Dan Apa Maksudnya, Para Ibu-Bapa Mesti Tahu!

Memandangkan dia tak boleh bercakap lagi, anda mesti faham bahasa badannya.

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

Featured Thu, 19 Dec 2019
Featured Tue, 7 Aug 2018
Sihat Wed, 5 Sep 2018

5 Tanda Tubuh Badan Anda Kekurangan Asid Folik

Asid folik dikenali sebagai vitamin B9 sangat penting untuk membaiki DNA serta menghasilkan sel darah merah.

familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

#tilljannah Thu, 8 Dec 2022

Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.   View this post on Instagram   A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman […]

Sihat Thu, 19 Jul 2018
familuv Fri, 27 Sep 2019

Elak sumbang mahram! Fahami batas aurat dalam keluarga

Jangan sampai menyesal kemudian hari…

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.