Oh Lawa By: Ad Ops April 30, 2018 @ 2:00pm

8 Tip Penggayaan Untuk Nampak Lebih Langsing Dan Tak Gelebeh

Apa yang kita pakai selalunya akan mempengaruhi mood kita pada hari itu. Dan kalau digayakan dengan betul, tahap keyakinan kita pun akan meningkat dengan natural.

Dan inilah sebab anda mesti ada satu blouse, seluar, skirt atau kasut yang anda gemar pakai. Bukan saja anda rasa selesa, tapi lebih confident.

Tapi mesti ada harinya di mana anda tak berpeluang untuk memakai pakaian tersebut. Yang ada hanyalah pakaian yang tak berapa nak muat dan tak sesuai langsung dengan body shape anda.

Jangan risau! Ada beberapa trick yang anda boleh guna untuk memilih pakaian yang sesuai supaya anda nampak smart dan yang penting sekali, lebih langsing.

1. Pakai shapewear

Anda mesti pernah dengar tentang orang memakai corset, girdle ataupun spandex yang memberi bentuk cantik kepada badan mereka. Ia memang berkesan! Jadi untuk nampak slim, anda disarankan pakai. Barulah ada shape.

2. Pakai kasut tumit tinggi yang ada low-cut vamp

Vamp ialah bahagian bukaan kasut yang berlawanan dengan bahagian tapak. Vamp yang low-cut selalunya hampir dengan jari-jemari kaki manakala yang high-cut pula ada yang tinggi sampai ke buku lali. Jadi pilih yang low-cut ya, kerana ia boleh membuatkan kaki anda nampak lebih panjang dan kurus.

Foto: www.yaelsteren.com/

Ketinggian heels yang sesuai ialah 2 1/2 inci ke atas. Pilih juga kasut yang ada muncung tajam dan heels yang nipis. Tapi kalau anda susah nak jalan ketika memakainya, tak payahlah cuba. Nanti nampak pelik pula.

3. Pakai baju hitam

Trick yang paling biasa kita dengar untuk nampak kurus ialah dengan memakai baju hitam. Memang berkesan pun! Kalau anda tak nak pakai pakaian hitam dari atas ke bawah, warna gelap lain pun efektif juga, seperti biru laut, merah oxblood ataupun hijau.

Nak guna stail monochrome (di mana anda pakai pakaian hitam putih, ataupun 2 jenis pakaian berwarna sama tapi berlainan tona) pun boleh!

Foto: Daniel Zuchnik/Getty Images)

4. Highlight bentuk badan anda dengan warna terang

Jika anda tak mahu pakai semua hitam, anda cuma perlu “sorok” bahagian badan yang anda tak suka dengan warna tersebut. Tak suka bahagian kaki tapi bangga dengan bahagian atas tubuh anda? Pakailah seluar atau skirt hitam dan pasangkannya dengan blouse warna terang. Begitu juga sebaliknya!

Foto: Christian Vierig/Getty Images

5. Pakai skirt panjang

Orang kata kalau anda berbadan besar, anda tak boleh pakai skirt panjang kerana anda akan nampak lebih bulky. Sebenarnya skirt yang ada cutting yang sesuai dan cantik boleh memberi ilusi panjang dan kurus kepada badan anda.

Jangan pilih skirt yang berpoket, yang berlapis-lapis atau ada ropol. Dan bila memakai skirt ini, pastikan baju atau blouse anda tak begitu longgar dan panjang.

Kalau boleh, pilih skirt yang sepanjang yang mungkin tapi janganlah panjang sangat sampai anda boleh tersadung pula. Lepas itu, pakai dengan high heels atau kasut wedges.

6. Pakai pakaian berjalur tegak

Trick kedua paling popular ialah dengan memakai baju yang ada vertical stripes. Dan ia memang efektif kerana ia buat badan anda nampak lebih panjang.

Anda boleh cuba pakai seluar berjalur, ataupun kemeja berjalur yang dipadankan dengan seluar jeans berwarna gelap.

Foto: Edward Berthelot/Getty Images

7. Pakai tali pinggang nipis

Untuk nampak lebih slim, “ikatkan” blouse atau dress anda di bahagian pinggang dengan tali pinggang nipis. Barulah shape pinggang anda ketara dan tak adalah nampak “gelebeh” sangat. Tali pinggang yang tebal pula akan membuatkan anda nampak “kembang”.

8. Pakai bra baru

Tahukah anda yang lebih 80% daripada wanita memakai bra yang salah saiz? Mereka akan nampak lebih besar kerena  buah dada mereka nampak macam kendur. Bila ada ruang yang betul di antara pinggang dan dada anda, barulah anda nampak kurus. Inilah sebabnya kenapa anda perlu pakai bra yang sesuai.

Sumber: Stylecaster

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Featured Fri, 25 May 2018

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Anda mungkin tak perasan yang teknik penjagaan kulit muka anda ada kekurangannya.

Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Idamkan Bentuk Kening Yang Menawan? Ikuti 4 Langkah Ini, Pasti Jadi

Kening ibarat bingkai wajah. Jika solekan kening tidak seimbang, samalah seperti kita melihat potret yang senget!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Lembut dan selesa, tidak rengsa pada kulit

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

4 Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

Tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Sun, 26 Aug 2018

10 Selebriti Dikatakan Memiliki Sepasang Mata Cantik, Jom Kita Lihat Siapakah Mereka

Sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Oh Lawa Mon, 4 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

This Is The One Skincare Ingredient You Should Start Using In 2019

It’s the most effective anti-aging Ingredient in the market!

Featured Tue, 3 Mar 2020

3 tekstil kraf ini dikatakan sesuai disimpan di muzium, ini cara memodenkannya

Pereka tempatan tampil dengan rekaan lebih santai