Oh Lawa By: tex_admin April 11, 2019 @ 12:25pm

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Pernah mengalami masalah wajah dipenuhi jerawat dan kesan kotoran lain walaupun sudah melakukan pelbagai rawatan wajah?

Mungkin kaedah anda membersih wajah menjadi puncanya.

Menurut pakar dermatologi, Shereen Idris, anda tidak memerlukan amalan rawatan wajah yang mahal bagi mendapatkan kulit yang cantik.

Wajah adalah bahagian paling sensitif dan harus dijaga dengan baik serta mengikut cara yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Dalam hal ini, tidak kiralah apa jenis pembersih muka  yang digunakan, paling penting adalah cara anda menggunakannya.

Berikut cara membersih wajah dengan betul.

Tanggalkan mekap

Ini langkah yang paling penting sebelum anda mencuci wajah dan tidak harus ditinggalkan!

Setelah seharian mengenakan solekan, gunakan pembersih mekap yang berupaya menanggalkan solekan anda.

Sisa solekan yang tidak dicuci dengan sempurna akan menyebabkan pori tersumbat, sekali gus boleh menyebabkan wajah anda dipenuhi jerawat dan banyak lagi kesan kotoran.

Foto: Allure

Guna air suam

Air suam harus diratakan ke muka sebelum menggunakan pembersih muka.

Cara yang paling disarankan adalah menggunakan air suam untuk mencuci muka dan membilasnya dengan air suhu bilik.

Ini dilakukan bagi menutup pori yang terbuka setelah menggunakan air suam bagi mencuci muka.

Jangan cuci muka secara tergesa-gesa

Kadangkala, anda mungkin malas untuk menggunakan pembersih muka pada waktu pagi. Oleh itu, anda kerap melakukannya secara tergesa-gesa. Namun begitu, ketika membersih muka, anda harus memfokuskan kepada bahagian zon T di wajah kerana bahagian itulah yang paling kerap berminyak.

Foto: elementhealing.com

Cuci muka dua kali sehari sahaja!

Jangan lebih dan jangan kurang!

Anda mungkin berpendapat bahawa mencuci muka dengan kerap dapat menghilangkan kotoran pada wajah, tetapi sebenarnya ia hanya akan memberikan kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada kulit anda.

Jangan kerap gunakan skrub

Sebaik-baiknya, anda disaran menggunakan skrub atau sabun penyental sekali seminggu. Penggunaan skrub yang terlalu kerap akan menipiskan kulit.

Bahan yang terkandung dalam skrub juga akan menipiskan kulit dan mengurangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit.

Jika anda mengamalkan kaedah ini, anda pasti akan merasai perbezaannya.

Foto: All4Women

Sumber: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Oh Lawa Fri, 19 Jan 2018

Tip Fesyen Untuk Tampak Tinggi

Fesyen bukan sahaja boleh mempengaruhi penampilan individu, malah ia boleh memberi kuasa magis kepada sang pemakai. Menerusi cara berpakaian, seseorang wanita itu boleh kelihatan tinggi, gemuk dan sebaliknya.

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018
Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Oh Lawa Wed, 25 Jul 2018

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Kalau tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda!

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada