Oh Lawa By: Yanie Baharom August 18, 2018 @ 12:00pm

‘Baju Bodo’ Favourite Style Allahyarham Puan Sri Saloma, Dijelmakan Kembali!

‘Baju bodo’ yang pernah digayakan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma, sekaligus menjadi trend yang cukup popular ketika era kegemilangannya, dilihat sebagai busana yang berpontensi untuk diketengahkan semula.

Hasrat itu disuarakan anak saudara Allahyarham, Siti Haslinda Abdul Hamid, 63, atau lebih dikenali sebagai Shasha, yang sudahpun memulakan menghasilkan rekaan berdasarkan ciri fesyen tersebut dengan sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan generasi masa kini.

“Allahyarham Saloma (ibu saudara) menjadi insiprasi saya dan dia sangat meminati fesyen dan salah satu busana pilihannya adalah ‘baju bodo’ yang merupakan pakaian tradisional Bugis.

“Baju bodo ini menggunakan kain yang jarang selain bahagian hujung kain perlu dipegang si pemakai dan saya perlu mengubahnya ikut kesesuaian fesyen masa kini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pada Khamis.

Foto: Stail.my

Siti Haslinda ialah anak seniwati legenda Allahyarham Mariam Ismail yang lebih dikenali Mariani, iaitu kakak Saloma atau nama sebenarnya Salmah.

Shasha berkata ketika ini beliau perlu melalui beberapa peringkat pengubahsuaian agar ia mudah dipakai dan kemas sebelum boleh memasarkan di pasaran tempatan.

Muzium yang dibuka bermula hari ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui tentang sejarah perkembangan kawasan Sintok, UUM, sistem pengurusan Islam selain turut mempamerkan koleksi barang milik seniwati Mariani dan seniman Tan Sri Dr Jins Shamsudin.

Turut dipamerkan ialah Pedang Laksamana Cheng Ho, topi perang di zaman Khulafa Al-Rasyidin serta pedang sahabat setia Nabi Muhammad S.A.W iaitu Muaz Bin Jabal.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Oh Lawa Wed, 24 Apr 2019

Makanan jadi bahan lukisan rekaan fesyen, kreatif betul!

Seni boleh dihasilkan dengan apa jua bahan.

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Featured Sun, 18 Nov 2018
Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini

Setelah berjaya mekap muka anda sampai flawless, jangan lupa pula untuk jaga aksesori mekap anda, termasuklah berus foundation.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Featured Thu, 21 May 2020
Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019