Oh Lawa By: Ad Ops July 1, 2018 @ 5:00pm

Mariah Carey Tak Mandi Macam Orang Biasa, Patutlah Digelar Diva!

Anda mungkin tahu tentang populariti Mariah Carey sebagai salah seorang penyanyi tersohor di America.

Yalah, suaranya unik; lain daripada yang lain. Dia dah hasilkan banyak album dan single yang meletup, dan menang pelbagai anugerah untuk mereka. Tak ada siapalah yang tak kenal Mariah Carey!

Mungkin kerana statusnya sebagai penyanyi yang tiada siapa boleh tandingi, dia disanjung tinggi hingga ramai melihatnya sebagai seorang diva yang bercitarasa tinggi dan boleh buat apa saja yang dia nak.

Sudah ada banyak ura-ura yang menyokong gelaran ini. Contohnya, pada tahun 2009, penyanyi lagu ‘Always Be My Baby’ ini sepatutnya menghadiri pelancaran lampu Krismas di sebuah pusat beli belah.

Mariah dilaporkan telah meminta pihak organiser supaya menyediakan 20 ekor anak kucing putih dan 100 burung merpati putih baginya.

“Tipulah! Saya bukannya minat kucing sangat,” kata Mariah, 48, kepada akhbar The Guardian.

Satu lagi rumour mengatakan yang setiap kali dia tinggal di sebuah hotel, dia akan arahkan supaya toilet seat di dalam bilik airnya diganti baru. Dia juga dikatakan meminta pili air emas untuk dipasang.

“Pili emas? Baik saya beli rumah baru dan pasangkan di situ,” jawab Mariah. Betul juga.

Okay, dua rumour telah dia buktikan tak benar.

Bila ditanya tentang ura-ura di mana dia hanya mandi dengan menggunakan air mineral dari Perancis pula, Mariah menjawab: “Taklah, saya mandi guna air susu.”

 

Hah? Biar betul!

“Ya, kadangkala saya gunakan air susu sebagai rawatan kecantikan. Tapi saya tak naklah dedahkan kesemua rahsia saya,” katanya lagi. Wow!

Air susu sejuk atau panas? “Sejuk.”

Fuyo! Sebelum ini, kita pernah dengar tentang krim mandian yang mengandungi air susu. Mariah pula tak main dengan sabun-sabun sebegini. Dia mandi terus dengan air susu!

Bahan ini memang dah lama disahkan berfaedah untuk kecantikan kulit. Susu boleh melembapkan kulit kering, memperbaiki kulit yang berusia, mengubati keradangan pada kulit serta mencerahkan kulit secara semulajadi.

Jadi kalau anda inginkan kulit yang lembut dan flawless macam kulit Mariah, anda kini tahu apa nak buat!

Sumber: The Guardian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Oh Lawa Thu, 21 May 2020
Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Tue, 13 Aug 2019
Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018
Featured Thu, 18 Jun 2020
Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018

Ikuti 11 Tip Fesyen Ini Supaya Anda Nampak ‘Mewah’

Tak semestinya anda perlu beli pakaian atau aksesori mahal-mahal.

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada