Categories: Sihat

5 Snek Sihat Yang Boleh Kembalikan Tenaga Anda Selepas Penat Bersenam

Setelah penat berhempas-pulas untuk cuba mengurangkan berat badan di gym, mesti anda rasa macam nak pengsan.

Badan rasa tidak bermaya, nafas pendek, kaki macam tak cukup stabil untuk berdiri… kalau boleh nak baring saja di lantai gym itu sampai anda bertenaga semula.

Sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah dan cepat untuk kembalikan tenaga anda.

Para pakai nutrisi dan kesihatan mencadangkan supaya anda bersenam sebelum masa makan kerana ia akan membantu anda untuk makan secara lebih sihat.

Tapi kalau tak, makan snek yang kaya dengan protein dan karbohidrat sihat pun dah cukup untuk menambah semula nutrien yang badan anda perlukan.

Jom tengok apa dia snek yang sesuai.

Telur rebus dan roti bakar

Foto: yusra andijani/Shutterstock

Snek ini adalah kombinasi protein (untuk membina semula otot) dan karbohidrat sihat (untuk mengisi stok tenaga). Ia memang boleh menolong anda pulih dengan cepat. Makan dalam masa 30 minit selepas habis bersenam.

Mentega kacang dan epal

Foto: Shutterstock

Snek seperti ini boleh memulakan proses pembinaan otot dan mempercepatkan proses kemasukan semula glikogen ke dalamnya.

Kekacang

Foto: Daisy Daisy/Shutterstock

Ia merupakan sumber protein yang bagus dan menawarkan asid amino yang badan anda perlukan untuk proses pemulihan dan pembinaan otot.

Pisang

Foto: Christopher Furlong/Getty

Buah ini kaya dengan potasium yang boleh bantu mengelakkan kekejangan dan mengembalikan hidrasi ke dalam badan. Gula semulajadi dalam pisang juga boleh menambah semula tenaga.

Daging turkey, keju dan epal

Foto: Motortion Films/Shutterstock

Ayam belanda dan keju menawarkan protein manakala epal memberikan tenaga dan mengisi semula stok glikogen dalam badan.

Cubalah mana-mana snek ini! Seelok-eloknya anda makan tak lama selepas bersenam, jadi jika anda bersenam di gym, sediakannya di dalam bekal makanan supaya senang untuk mencapainya nanti. 

Sumber: Insider

Ad Ops