Categories: Sihat

Bolehkah wanita bersenam sewaktu hamil? Ini jawapannya

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Bersenam adalah aktiviti yang menyihatkan.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, melakukan aktiviti senaman adalah pilihan yang terbaik, namun bolehkah wanita yang sedang hamil bersenam?

 Bersenam dalam konteks ini bukanlah dengan berlari 4 x 100 sambil memegang baton atau menyertai acara larian tahunan tetapi cukup dengan aktiviti beriadah dan senaman ringan.

Jawapannya adalah, YA!

Menurut Panduan Aktiviti Fizikal Semasa Kehamilan Negara Kanada 2019, melakukan aktivti senaman dan kekal aktif akan mengelakkan komplikasi seperti pra-eklampsia, kencing manis dan tekanan yang melampau.

Berikut adalah mitos mengenai bersenam yang harus diperangi!

Mitos 1: Jika anda tidak aktif sebelum hamil, teruskan dengan aktiviti berjalan sahaja

Ramai wanita yang menganggap bahawa mereka harus menunggu sehingga bersalin untuk mendapatkan bentuk badan sebelum hamil, namun apabila anda bersenam semasa hamil, ia dapat membantu anda sembuh dengan cepat selepas bersalin. Yang lebih penting, tekanan sewaktu bersalin akan berkurangan.

Bayi anda juga akan menerima lebih banyak oksigen semasa dalam kandungan.

Foto: BabyCenter

Mitos 2: Senaman melibatkan perut seperti Ab-Crunches memudahkan proses bersalin

 Otot abdomen yang kuat dapat menyokong berat perut anda yang semakin membesar dan membantu semasa proses bersalin tetapi senaman seperti bangun tubi harus dielakkan!

Apabila perut anda semakin membesar, dinding abdomen menjadi sempit dan memaksa otot anda untuk terpisah (satu keadaan yang digelar sebagai diastasis recti) yang boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan perut yang menggelebeh selepas bersalin.

Foto: Knocked Up Fitness

Mitos 3: Senaman kardio adalah berbahaya untuk bayi dalam kandungan

Senaman kardio tidaklah berbahaya.

Ini kerana, aktiviti yang dapat menaikkan semangat anda dan meningkatkan degupan jantung adalah bagus untuk kesihatan diri dan bayi, namun jika anda terlalu mengah atau cepat semput, elakkan daripada melakukannya dengan kerap.

Anda boleh berbasikal, berenang dan berlari semasa kehamilan asalkan anda tahu kemampuan diri sendiri. Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti yoga sepanjang kehamilan selama dua atau tiga jam.

Foto: FirstCry Parenting

Cubalah!

Sumber: Today’s Parents

tex_admin