Categories: Sihat

Hidung Kerap Berdarah, Jangan Buat Tak Endah Kerana Anda Berkemungkinan Mangsa Kanser!

Mengalami kesukaran bernafas atau keluar darah melalui hidung? Pasti ramai rakyat Malaysia yang pandang remeh bahayanya keadaan ini.

Kebiasaannya, kita menganggap yang ianya berpunca dari kurang minum air di hari yang panas ataupun tidak cukup tidur.

Tapi tahukah anda, pendarahan hidung yang kerap berlaku memungkinkan seseorang itu berdepan dengan bahaya kanser.

Di sini kami ingin kongsikan, bagaimana kanser hidung boleh berlaku? Apa tanda-tanda awal?

Foto: scarscenter.com

Bagaimana kanser hidung berlaku?

Nasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.

Rakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini. Bangsa cina lebih-lebih lagi.

Apakah tanda-tanda awal kanser hidung?

1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.

2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.

3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.

4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat Cina dan Bidayuh.

5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.

Justeru, jika anda mempunyai tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa doktor pakar dan jangan ambil mudah tentang penyakit ini.

Sumber: bidadari.my

Yanie Baharom